Thursday, 10 April 2014

TULANG RAPUH (OSTEOPOROSIS)

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul. 
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. 
Tulang yang dibaiki dan diperteguhkan dengan pelbagai zat protien dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium , fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk. 

Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. 

Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput. 

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga usia emas mereka tidak boleh hidup berikut kecederaan. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan. 

Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga usia emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan. 

Sebab-Sebab
Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko mendapat osteoporosis, kerana tulang masih kuat. Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis:  Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopos. 
Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopos awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun , terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan  Hormon lelaki , iaitu testosterone juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit hormon-penghasilan kelenjar boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita , estrogen , dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh penyakit melibatkan hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti rehat di atas katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' (penyakit seliak) dan Crohn's disease (penyakit crohn).
  • Penggunaan ubat berdos tinggi bagi rawatan korti kosteroid bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras rendah vitamin D.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
  Diagnosa

Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang lemah dan menyebabkan tulang patah. Sinaran x tidak boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul, tetapi boleh mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat dilihat melalui scan, dipanggil ' dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan', digunakan untuk mengukur kepadatan tulang dan dapat membandingkannya dengan yang normal. Ujian ini menyukat/mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan   

Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan kurang ketinggian badan, akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan, dan menyebabkan bentuk badan yang sedikit membongkok . Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan , lengan, leher atau tulang pinggul.

Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang lemah. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.

Rawatan 
Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:
  • Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
  • Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
  • Bisfosfohat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas akan direndahkan bagi mengurangkan kerapuhan tulang manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Kalsitonin adalah hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang memecahkan tulang.
  • Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
  • Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mempunyai kesan yang sama terhadap keupayaan tulang dan mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.
Pencegahan
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis dan tulang lambat menjadi rapuh. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis - senaman menggunakan pemberat dan senaman yang berterusan. Senaman penampung berat adalah senaman melibatkan kaki yang ditampung oleh berat badan sendiri. Bagi remaja senaman lompat tinggi menggunakan pemberat adalah sesuai. Jogging, lompat tali (skipping), menari aerobik dan melompat atas dan bawah ( up and down ) baik untuk kekuatan tulang. 
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan , main tenis , berenang amat berguna tapi bukan senaman yang menggunakan pemberat. Untuk orang yang lebih tua , senaman menggunakan pemberat yang sederhana perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan, kelas mengekalkan kecergasan , menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.  Berenang dan berbasikal bukanlah aktiviti senaman penampung berat. Senaman ketahanan adalah penggunaan kekuatan otot. Tarikan tendon pada tulang mampu meningkatkan kekuatan tulang. Sebagai contoh , tekan tubi, angkat berat atau menggunakan peralatan berat di gimnasium. Juga termasuk senaman mudah seperti mengangkat tin mengandungi makanan yang membantu menguatkan tulang di pergelangan tangan.  Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok berkaitan dengan peningkatan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Mereka yang berusia dengan tulang yang rapuh boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik untuk memeriksa dan mengenalpasti perkara yang mendedahkan anda kepada bahaya seperti lingkaran wayar . Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh. 

[credit:izieherb.net]
___________________________

Untuk mengambil suplimen kalsium, dicadangkan untuk mencuba OSTEMATRIX-kalsium daripada produk Shaklee.



Boleh hubungi ZUE untuk keterangan lanjut:
Fb: Zue Akim Biz
SMS/WASSAP: 0126674640

Saturday, 5 April 2014

RESVERATROL, INSULIN & DIABETES: APA KAITANNYA??

BAGAIMANA RESVERATROL MENGAWAL KENCING MANIS SECARA SEMULAJADI?

Diabetes memang satu penyakit berbahaya . Insulin diperlukan untuk menukar gula dalam darah kepada tenaga yang boleh diakses dalam sel-sel badan. Seseorang yang menghidap diabetes tidak dapat menghasilkan insulin ke dalam badan mereka atau sel tubuh tidak bertindak balas terhadap insulin. Ini akan menyebabkan paras glukosa darah yang sangat tinggi dan banyak komplikasi yang mungkin terjadi termasuk penyakit jantung, buta, strok dan kerosakan saraf.Apabila badan anda kehilangan sensitiviti terhadap insulin,anda berisiko tinggi diserang diabetes. 
RESVERATROL berupaya untuk meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin dan merupakan langkah yang baik untuk menghentikan serangan kencing manis.
Secara saintifik, Resveratrol merangsang enzim yang dipanggil ” SIRT1 “. 

Apakah fungsi Enzim SIRT1 ini? 
SIRT1 sentiasa mengawal sensitiviti insulin dalam badan dan mengawal rembesan insulin. Apabila Enzim SIRT1 diaktifkan ia akan membantu anda melawan kencing manis secara semulajadi. Pengaktifan SIRT1 gen , atau dikenali sebagai gen “anti -penuaan” meningkatkan jumlah mitokondria di dalam sel-sel badan  dan meningkatkan kadar metabolisme badan. SIRT1 juga menimbulkan sensitiviti insulin yang memudahkan badan untuk mengambil dan menggunakan glukos dari darah. Dengan cara ini , Resveratrol mampu mengurangkan gejala kencing manis . Resveratrol boleh membantu mengawal kencing manis dan mampu mencegah dari berlakunya kencing manis.


Apabila badan anda kehilangan sensitiviti terhadap insulin, lebih banyak  insulin diperlukan untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat. Pada sesetengah kes, Pankreas tidak mampu membekalkan insulin yang mencukupi untuk menguraikan gula. Oleh itu , sesetangah pesakit kencing manis perlu menerima suntikan insulin tambahan. Resveratrol telah disahkan untuk meningkatkan sensiviti tubuh anda kepada insulin dan ia akan  mengurangkan kuantiti insulin yang diperlukan untuk mengekalkan paras gula darah yang anda inginkan.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN RESVERATROL NI?

Vivix Shaklee mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol!

VIVIX Shaklee: RM475


TESTIMONI DIABETES:



Boleh dapatkan lebih testimoni dan keterangan lanjut daripada saya:

Pengedar Sah Shaklee: 012-6674640|ZUE|sms/wassap
Fb: Zue Akim Biz

Thursday, 27 March 2014

ESP SAHKLEE...BERKUALITI KAH???

Energy Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan SATU-SATUNYA produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 ASID AMINO PENTING yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.



Tapi... APAKAH ITU ASID AMINO??
Protin terdiri daripada 20 jenis ASID AMINO yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia. Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai ASID AMINO TAK PERLU. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai ASID AMINO PERLU. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Dalam penghasilan ESP, Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ini bagi memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada semasa benih sehinggalah kepada pengeluarannya. 

Dalam memilih produk Soy Protein yang berkualiti, pemilihan perlu dilakukan mengikut 7 KRITERIA dibawah:
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Energy Soy Protein Shaklee semestinya mempunyai kesemua 7 KRITERIA yang digariskan di atas.. :)
Tak hairanlah kenapa ESP menjadi pilihan ramai pengguna sebagai sumber protin asli yg terbaik..!

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya:
Fb: Zue Akim Biz
sms/wassap:0126674640|ZUE|





























KENALI ESP SHAKLEE

Shaklee merupakan SYARIKAT PERTAMA yg mencipta makanan tambahan PROTIN berasaskan KACANG SOYA. Hakikatnya, pengasingan protin yang PERTAMA ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Kini, banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah FAKTOR UTAMA dalam penjagaan kesihatan yg unggul.

Energy Soy Protein (ESP) ini DIIKTIRAF oleh seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yg sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yg paling tinggi pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "NON-GMO"(non-Genetically Modified Organism) yg mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energy Soy Protein dari Shaklee ini merupakan SATU-SATUNYA PRODUK di dalam pasaran yg menjamin penyediaan 9 ASID AMINO PENTING yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungan Indeks Glisemik (G.I)* yang rendah iaitu 39, menjadikan ESP sangat sesuai juga kepada penghidap kecing manis.
(*Boleh baca tentang indeks glisemik pada post sebelum ni ye..)

Satu hidangan ESP Shaklee ini adalah bersamaan dengan:
# 2 kali ganda daging
# 4 kali ganda telur
# 12 kali ganda susu
# Rendah lemak
# Tiada kolestrol
# Tiada Asid Urik
# Sangat mudah diserap oleh tubuh manusia

Anda dah kenal SEJARAH Energy Soy Protein Shaklee ni?


Sekarang saya nak bagitahu MANFAAT UTAMA kepada yang mengambil ESP ni..

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.


untuk keterangan lanjut:
Fb: Zue Akim Biz
sms/wassap:0126674640|ZUE|

Monday, 24 March 2014

INDEKS GLISEMIK (G.I).... APAKAH????

Indeks Glisemik (G.I) adalah kedudukan karbohidrat berdasarkan IMPAKNYA terhadap PARAS GULA dalam darah. Mari kita tengok berapakah nilai G.I yang kita perlu tahu:

G.I table
Rajah di atas menunjukkan nilai G.I yang perlu kita tahu dalam setiap pemakanan yang kita ambil setiap hari.
Semestinya pemakanan yang paling baik adalah yang mempunyai nilai G.I yang PALING RENDAH iaitu 54 dan kebawah (hijau). Kenapa makanan dengan G.I rendah paling baik? Mari saya terangkan....

Pengambilan makanan dengan nilai G.I yang TINGGI menyebabkan KARBOHIDRAT memecahkan gula dengan TERLALU CEPAT dalam sistem badan kita. Manakala, bagi makanan yang mempunyai nilai G.I yang RENDAH, karbohidrat akan bertindak memecahkan gula secara PERLAHAN-LAHAN sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Jadi, makanan dengan G.I yang RENDAH bukan sahaja sesuai bagi mereka yang menghidapi KENCING MANIS, tetapi juga PENTING dalam PENGURANGAN BERAT BADAN dan PENJANGAAN KESIHATAN dalam jangka masa panjang.

ESP-Energy Soy Protein daripada Shaklee mempunyai nilai G.I=39 yang mana ianya boleh dikategorikan dalam G.I yang RENDAH. Sebab itulah ESP adalah SANGAT SESUAI diminum oleh individu yang:

1-Menghidap DIABETES peringkat awal
2-Menghidap DIABETES semasa HAMIL
3-Ingin mendapatkan BERAT IDEAL
4-Mementingkan KESIHATAN menyeluruh

NOTE: Pesakit DIABETES yang cucuk insulin DILARANG mengambil ESP kerana fungsi buah pinggang mereka agak lemah. Mereka BOLEH mengambil VIVIX Shaklee sebagai ganti.

Sebarang pertanyaan boleh la hubungi saya...ZUE..Pengedar sah Shaklee..
Fb: Zue Akim Biz
Fb Page: Confidence Health&Beauty Online
call/sms/wassap:0126674640

REMINDER: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau menyembuhkan sebarang penyakit. Setiap cadangan adalah berdasarkan TESTIMONI mereka yang telah menggunakan produk tersebut.

Sunday, 23 March 2014

AKU DAN MAK SHAKLEE KU

Assalamualaikum...
Terima kasih kepada anda yang sudi jengok blog saya dan membaca setiap coretan saya di sini..
Hari ni nak cerita KISAH SEMALAM yang bakal menjadi ingatan yang amat bermakna buat diri saya.

Semalam adalah saat pertemuan saya dengan mak a.k.a upline saya dalam biz Shaklee.. Kami panggil dia Ayu. Muda lagi orangnye.. comel.. dan sangatlah mesranya... Mula-mula jumpa je dah hungging2 sambil dia cakap: "rindunyaaaaa dengan akak...". Padahal tak pernah berjumpa pun lagi kita orang ni. Hehehehe.. Klakar habis rasanya. tapi memang sungguh, perasaan masa hungging tu rasa macam dah lama kenal dan dah lama tak berjumpa.. itulah betapa KUAT nya ikatan antara kami ibu & anak dalam biz Shaklee ni.. Saya cakap bukan hanya untuk saya dan ayu je, tapi saya yakin semua ibu&anak Shaklee dalam susur galur kami pun merasai KEISTIMEWAAN relationship yang pada awal hanya terjalin melalui alam maya... Walau lebih setahun hanya kenal dan berhubungan melalui alam maya, tetapi silaturrahim yang kami jalinkan adalah yang sangat ikhlas.. sehinggakan bila bertemu dalam alam realiti, perasaan selesa, mesra, caring dan rasa kasih sayang tu automatik terkeluar walau itu pertemuan pertama.. :)

Walaupun sekejap je dapat jumpa dan tak leh nak sembang lama2 kerana ini adalah pertemuan yg 'tak rasmi' kan.. tapi bagi saya, ianya amat bermakna.. cukuplah dapat luahkan rasa kasih sayang tu dengan pelukan, semyuman dan gelak tawa. Banyak kali peluk2 ayu masa nak balik tu, rasa tak nak lepas je..hihihi.. macam orang bercinta plak rasa..hahaha.. tapi memang itulah cinta. CINTA seorang ibu pada anaknya.. ^_^

Kenapa saya tak rasa ayu seperti upline pun masa jumpa?
Sebab, kami jumpa hanya sembang2 tentang diri, keluarga dan cerita2 biasa yang TIADA KAITAN langsung dengan biz Shaklee... best kan? Walaupun kami dalam satu biz, tapi hubungan kami TAK TERIKAT langsung hanya kerana biz Shaklee. Sebab ayu hanya upline merangkap mak saya dlm biz ni. dia BUKAN MAJIKAN saya. that's why kami tak perlu nak cerita pasal biz je setiap kali berjumpa. lagi-lagi ni adalah pertemuan yg 'tiada temujanji'.. Melainkan lah saya book ayu utk 'meeting rasmi' kan.. yg tu opkos la kena lebih fokus pada urusan biz berbanding sembang2 kosong..! hehehe..

Alhamdulillah... syukur kerana Allah permudahkan kami utk bertemu. kebetulan saya ada kenduri rumah kawan suami yang lokasinya dekat2 kenduri yang ayu pergi. dan mujur jugak suami saya pulak keje kat area Manjung tu jugak. so area tu dalam poket dia je kot..hahaha.. Ayu pun siap pelik cane kami boleh jumpa tempat kenduri pakcik dia tu sedang dorg nak cari punya susah..hehe..

InsyaaAllah, bila ada pertemuan pertama pasti akan ada pertemuan seterusnya. semoga silaturrahim kami sentiasa akan terjalin sehingga ke akhir hayat..
Buat susur galur Shaklee dibawahku, terus terang saya katakan sangat RUGI jika anda tidak ambil peluang untuk GET CLOSER dengan mak masing-masing. we are like FAMILIES. susah senang kita cuba hadapi bersama.. tiada mak yang akan biarkan anak dia susah sorang2 kan? tiada mak yang akan biar anak dia sedih sorang2..dan tiada mak yang tidak mendoakan anak dia... Binalah hubungan dengan mak masing2.. jangan rasa TAKUT atau SEGAN dengan mak sendiri. ceritalah apa pun masalah anda, bukan hanya terhad utk biz Shaklee je tau. sebab group kita memang menekankan hubungan yang lebih dari hanya sekadar BIZ..

Mak saya dah jumpa...
Semoga lepas ni saya akan dipertemukan dengan setiap anak-anak Shaklee saya pulak.. Amiiinnnn.

ME n MY MOMMY-Ayu
Tengah tu anak i..Amanda..hihi

Friday, 21 March 2014

SUPLIMEN DAN PENYUSUAN BAYI

Seandainya anda mengambil suplimen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin BUKAN salah satu cara memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat serta secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja..! KEJAYAAN PENYUSUAN antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu:

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh DISIPLIN dan KONSISTEN:

1. Si ibu KERAP MENYUSUKAN bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 JAM atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Si ibu memastikan PENGAMBILAN AIR yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu TIDAK KURANG dari 3 liter sehari dan memastikan dirinya mengambil MAKANAN SEIMBANG dalam menjayakan penyusuan lengkap untuk si manja.

3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, DOA dan ZIKIR sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadikannya AMALAN RUTIN agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan dapat berlangsung dengan lancar.

Dalam Shaklee, suplimen LENGKAP yang dicadangkan untuk ibu menyusu adalah SET 3M yang terdiri daripada: 
ESP, VITALEA,VITA-C PLUS, B-COMPLEX, ALFALFA, OSTEMATRIX.



Mari kita baca apa MANFAAT setiap suplimen ni:

ESP-Energy Soy Protein
------------------------------
Mengandungi ISOFALVON yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Isoflavon juga melembabkan, menggebukan dan menganjalkan kulit dan payudara. Disamping itu, kandungan protinnya yang tinggi sangat membantu dalam pertumbuhan bayi.

VITA-LEA
--------------
Dilengkapi dengan VITAMIN dan MINERAL yang sangat diperlukan oleh ibu supaya boleh memberikan nutrisi lengkap kepada bayi melalui susu ibu. Vita-lea juga disertakan dengan ZAT BESI yang berfungsi untuk menstabilkan kandungan Hemoglobin dalam darah ibu supaya si ibu tidak cepat penat dan sentiasa bertenaga sepanjang proses penyusuan.

VITA-C PLUS
------------------
Penting untuk mengoptimumkan sistem imun ibu dan juga bayi. Ia juga membantu dalam pembentukan kolagen yang ternyata baik untuk kulit yang cantik dan sihat.

B-COMPLEX
-----------------
Memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda, disamping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi. Selain itu, ia juga membantu penghasilan tenaga dan darah.

ALFALFA
--------------
Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Alfalfa juga bagus untuk kesihatan buah pinggang dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan. Selain itu, alfalfa juga berfungsi seperti 'kacip fatimah' bagi wanita yang sangat membantu untuk masalah keputihan dan memantapkan hubungan intim dengan suami.

OSTEMATRIX
-------------------
Di dalam susu ibu, kandungan kalsium adalah sangat tinggi kerana ianya sangat diperlukan oleh bayi bagi pertumbuhan tulang. Jika si ibu tidak mengambil kandungan kalsium yang mecukupi, kalsium daripada tulang dan gigi si ibu akan diserap untuk penghasilan susu ibu. Lama kelamaan tulang si ibu akan menjadi rapuh, gigi rongak, badan mula membongkok dan sakit-sakit badan. Oleh sebab itu, kalsium adalah sangat penting kepada ibu yg menyusukan anak.

Jadi, kepada para ibu yang ingin menyusukan anak mereka secara ekslusif boleh la mengambil suplimen yang di cadangkan sekiranya anda merasakan badan anda memerlukan nutrisi yang lengkap! ^_^

Hubungi saya, ZUE-Pengedar Sah Shaklee Anda.
pm inbox FB: Zue Akim Biz
call/sms/wassap: 0126674640.