Monday 6 April 2015

#SupportFULLYbf (1)

Honestly, i jeles dgn mommy2 to be nowadays yang boleh dapat so much info 
tentang ‪#‎breastfeeding‬ sebelum nak melahirkan anak.. Banyak sangat knowledge n preparation yg u 
boleh cari untuk get ready to fullybf ur baby.. Taip je kat google n berlambak keluar info2 yang u nak..!
i dulu masa 1st son Adam, memang tak tahu pun apa nak prepare untuk BF ni. yg i tau, lepas lahirkan
 anak then susukan je lah! hahaha.... Then, memang Alhamdulillah susu badan i dah keluar a day 
before deliver. So, totally takde pun prob susu kurang.. BUT... 1st BIG MISTAKE yg i buat adalah tak
 konsisten bf Adam every 2 hours.. sbb Adam mmg tido je berjam2 n i tak kejut die minum susu pun.. 
about 2weeks keadaan mcm tu. Until i kena bengkak susu yg seriously sangat2 sakit sampai i demam 
high temperature...huhu.. bila dah kena bengkak susu, mmg nak susukan anak pun sakit sbb nipple 
melecet n susu xkeluar sgt sbb dah beku. Then i just mintak makcik yg urut tu dtg n inform yg dia bleh 
urut bagi hilang bengkak but susu pun akan kurang sgt2 n mayb stop. Masa tu i tak pikir dah nak bg 
Adam fully bf dah. Just fikir i taknak sakit..huhhu.. teruk pulak rs i ni bila ingat semula. And mmg lepas 
urut, bengkak hilang n susu pun lama2 hilang.. dalam 2 bln je dpt bf Adam. tu pun campur dgn susu 
formula. Tapi, benda dah lepas kan.. memang cetek ilmu sungguh masa tu! hihi...
Alhamdulillah, untuk 2nd n 3rd.. both my doter fully bf. masa ni ade 'ilmu' sikit dah.. i just pegang pada 
kata2 misi:

" setiap 2 jam mesti bg anak susu even die tgh tido.. kejut suh minum susu.."

Dan i dah tak sanggup nak hadap bengkak susu tu lagi..huuuhu.

So, ‪#‎mommytobe‬ out there... carilah ilmu2 penyusuan dalam2. Jangan putus asa! (mcm i dulu...). Bagitau pada diri sendiri:

"susu aku ni hak anak aku. jadi aku wajib beri pada dia whatever it takes!"

ALL THE BEST!
#SupportFULLYbf

Monday 16 February 2015

CIRI-CIRI ISTERI YANG DIBANGGAKAN SUAMI

Bismillahirrahmanirrahim....
Semoga perkongisaan kali ini dapat memberi manfaat kepada pembaca blog ni... :)

Ada 15 ciri-ciri isteri yang dibanggakan oleh suami yang ingin saya kongsikan disini:

1- Seorang isteri yang sentiasa bertakwa kepada Allah 
SWT dan mengikuti Sunnah Rasul.

2- Seorang isteri yang sentiasa hormat, taat serta patuh kepada suami pada hal-hal kebaikan.

3- Seorang isteri yang selalu minta izin kepada suami jika hendak keluar. Jika dilarang dia tak akan melanggarnya.

4- Seorang isteri yang sentiasa menghargai dan menerima dengan ikhlas sekecil apapun setiap pemberian suami serta tidak menuntut apapun yang belum mampu diberikan suami.

5- Seorang isteri yang sentiasa menjaga kehormatan dirinya ketika suami tak berada di rumah.

6- Seorang isteri yang sentiasa menjaga kehormatan suami dan harta suami dengan sebaik-baiknya. Dia juga tidak suka menceritakan aib suami kepada sesiapapun.

7- Seorang isteri yang sentiasa pandai berusaha menyenangkan dan menghibur hati suami disaat suami sedang ada masalah.

8- Seorang isteri yang sentiasa melayani suami dengan baik dalam hal kehidupan sehari-hari dan keperluan di tempat tidur.

9- Seorang isteri yang sentiasa menjadi penyejuk dalam rumah tangga bagi suami dan anak-anaknya.

10- Seorang isteri yang tak segan-segan menasihati suaminya, jika sang suami melakukan hal-hal yang tidak baik.

11- Seorang isteri yang lebih suka berada di rumah daripada di luar untuk hal-hal yang tak ada gunanya.

12- Seorang isteri yang selalu memperhatikan apa yang disuka dan yang tak disuka suaminya.

13- Seorang isteri yang selalu menjauhkan diri dari sekumpulan orang-orang yang suka membicarakan keburukan orang lain.

14- Seorang isteri yang sentiasa menjadi pengasuh dengan penuh kasih sayang dalam mendidik anak-anaknya

15- Seorang isteri yang sentiasa lebih mementingkan meningkatkan ibadah kepada-Nya dibanding digunakan untuk hal-hal yang tidak bermanfaat.

Mari kita berusaha bersama-sama menjadi isteri kebanggaan suami kita...

“Siapa sahaja isteri yang meninggal dunia, sedangkan suami REDHA dengan kepergiannya, maka ia akan masuk syurga”
[Riwayat Tarmizi]

“Apabila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan kepadanya: Masuklah syurga dari mana-man pintu syurga yang kamu kehendaki”
[Riwayat Ahmad dan Thabrani]



Sunday 15 February 2015

KONGSI AMALAN HARIAN: Al-Mathurat


KELEBIHAN MEMBACA AL-MATHURAT

Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 

5. Selamat dari segala sesuatu. 

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 

7. Allah berhak untuk meredainya 

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 

9. Terhindar daripada syirik. 

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.


NOTE: Boleh cari buku Al-Mathurat yang comel tu kat kedai-kedai buku. Senang boleh letak dalam beg tangan. Jadi, kat mana-mana pun boleh baca... Selamat beramal!

Thursday 20 November 2014

KEKAL SLIM WALAU TAK JAGA MAKAN? : Jangan Berlagak sangat..!

Bismillahirrahmanirrahim...

SENTAP dengan tajuk entri saya kali ni?
Rileks aaa... Tajuk tu untuk diri i sendiri hokeh! hahaha....

Yess.. itulah hakikatnya. Orang dok kata badan saya menten je even anak dah 3 orang, kawin dah 10 tahun... 
(padahal en somi je yg tahu badan i menten ke tak..kikiki)

Tapi, korang ingat badan menten ni susah dapat penyakit ke?
SILAP BESAR laaaa...
Actually, saya lebih jeles dengan en somi yang badan 'gagah' dengan berat 100+kg tu. Sebab every medical check up dia sume normal! Jantung, paru-paru, gula, tekanan darah.. even doktor pun pelik jugak dengan berat obesiti tu boleh kekal sihat. Tu hasil dia menyahut seruan kerajaan 'berjalan 10 ribu langkah sehari'.. Hari2 die kena jalan dekat port tu.. hahaha. (untung orang keje pelabuhan).

Macam mana dengan saya?
SURI RUMAH je pun.. 
Tapi ramai gak yang kata jadi suri rumah lagi sihat. 24jam wat keje umah.. Sebab tu masa zaman opah kita dulu2 deme sihat jer.. Padahal suri rumah je pun.
Cesss... Jangan di samakan suri rumah jaman sekarang dengan dulu...!
Ade korang berus kain baju (anak kurang-kurang 7orang) guna tangan? Pastu bilas berkali-kali dan 'spin' sendiri guna kederat tangan. Ade..? Ade..?

Hahaha...Skang ni basuh kain guna jari je kot! 
Jadi, tang mana nak eksesais nye tuh? ngeh3...
Ape lagi jaman opah2 dulu wat sendiri?
Kukur nyor.. Cari kayu api nak masak guna dapur arang.. Dah habis masak nak kena sental periuk yang legam tu plak. Huh.. memang takleh lawan la mak2 jaman dulu dengan kita skang weh... Jauh bebenor...!

Ok.. ni baru nak cerite kisah disebalik keluornye entri ni.
Actually, dah berlaku seminggu lepas. Tapi, malam tadi jadi lagi dan rasa macam membimbangkan pulak!
Malam tadi, tetiba rasa macam sakit/senak susah nak describe, tapi macam ade angin dari depan sampai belakang badan. Rasa macam dada sebelah kanan. Memang tak selesa. Rasa nak sendawa, then lepas sendawa dia rasa lagi dan lagi.. nak tido pun tak bleh. Dalam kepala dah fikir "Ni tanda nak sakit jantung ke pun..?". Memang tak boleh nak tido dah dengan keadaan macam ni. So, bangun terus google 'TANDA AWAL SAKIT JANTUNG'. Dan banyakla yang keluar... Tapi yang ni saya rasa paling mudah difahami;


Walaupun saya tengok simptom yang ada pada saya ni kurang tepat, tapi saya tetap anggap ini satu petanda tak baik. Ni petanda saya tidak boleh lagi sambil lewa terutama tentang SENANAM iaitu perkara yang saya tinggalkan sebab beranggapan saya seorang surirumah yang bersenam bila melakukan kerja rumah.. NO NO NO... Tidak boleh lagi berfikiran begitu!

Alhamdulillah, bangun pagi ni dah hilang rasa 'angin' dalam badan tu dan aktiviti pertama pagi ni lepas anak-anak dah ke sekolah adalah:

BERBASIKAL 10 PUSINGAN KELILING RUMAH..
(saya dok kampung hokeh.. so, keliling rumah tu agak besar la.. heheh)

Habis berbasikal, gi sapu laman rumah pulak.
Habis menyapu, gi cangkul rumput pulak.
Habis mencangkul, sambung kerja harian.. sidai kain, kemas rumah..
Alhamdulillah.. rasa lebih sihat pulak.. hehehe.
Patutlah dulu, arwah opah walau umur dah 90thn, rajin bersih2 kan laman rumah dia. Bila suh rehat.. katanya: " kalo opah duduk saje lagi rasa tak sehat..".
Betul tu opah..! (rindu arwah opah.. huhu)
Harap-harap boleh menten senaman setiap hari.. InsyaaAllah.

Kat sini jugak saya nak kongsi cane nak kira DENYUT NADI yang normal untuk kita. Kebiasaannya, denyut nadi NORMAL bila kita sedang berehat adalah:

60-80 kali perminit >> DEWASA
80-100 kali perminit >> KANAK-KANAK
100-140 kali perminit >>BAYI

Tetapi, untuk mengetahui kadar denyut nadi maksima kita boleh kira macam ni:

Nadi (max)=80% x (220-umur)

Jadi Nadi maxima saya adalah:

80% x (220-32)= 150kali/minit.

Oleh itu, lepas ni boleh la selalu pantau kadar nadi korang ye..
Jika denyut nya kurang/lebih cepat/ tak teratur bermakna mungkin ada gangguan jantung pada diri kita. Boleh la buat check up kat hospital ok?

So, saya tutup entri kali ni dengan ucapan:
'SAYANGI JANTUNG KITA'

NOTE: Sila minum 500ml air masak sebelum memulakan senaman supaya proses pengeluran peluh jadi lebih lancar! :)

Monday 17 November 2014

BUKAN CINTA BIASA

Bismillahirrahmanirrahim....

4 tahun bergaduh-kawan-bergaduh-kawan semasa sekolah rendah.
...
9 tahun 'lost contact' selepas sekolah rendah.
...
3 bulan bercinta
...
3 bulan bertunang
...
Alhamdulillah....
hari ni genap 10 tahun bernikah.

BAHAGIA?
Inilah kebahagiaan kami berdua..


Ya Allah... 
Kau kukuhkanlah ikatan cinta kami berdua.
Kau berkatilah cinta kami berdua.
Kau murahkanlah rezki keluarga kami. 
Kau jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah. 
Kau jadikanlah anak-anak kami anak yang akan menghantar kami ke syurga.
Kau jadikanlah kami ibu bapa yang penyayang.
Kau jadikanlah kami ibu bapa yang penyabar.
Kau jadikanlah keluarga kami, keluarga yang teguh imannya dan sentiasa ingat padaMu...
Amin.. Ya Rabbal a'laminn..


Sunday 9 November 2014

OMEGA-3 dan DOT DOT DOT....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Entri kali ni nak beri sedikit INFORMASI tentang kebaikan Omega-3 bagi kesihatan tubuh badan kita...

Jom tengok dulu beberapa sumber yang boleh beri badan kita asid lemak OMEGA-3 ni.




Apakah kebaikan Omega 3 ini?
Omega 3 dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan simptom kemurungan, sakit sendi dan juga mengurangkan risiko penyakit kanser.

Bagaimana Omega 3 dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut?
Omega 3 dipercayai dapat menghalang penyakit-penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan. Omega 3 juga dipercayai mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal (abnormal heart rhythm), mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung).

Omega 3 dan Triglycerides (TG)
Omega 3 boleh mengurangkan kadar TG dalam darah (TG adalah sejenis lemak yang tidak baik dalam darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung). Walau bagaimanapun, Omega 3 juga boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan iaitu kedua-dua lemak baik (HDL) dan lemak jahat (LDL). Oleh itu bagi pesakit yang mempunyai kadar TG yang tinggi dalam badan hendaklah mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil Omega 3. Namun secara umumnya pengambilan ikan yang mempunyai kadar Omega 3 yang tinggi adalah selamat.

Omega 3 dan Stroke
Omega 3 menghalang pembinaan plak dalam salur darah ke otak yang boleh menghalang ischemic stroke (strok yang terjadi akibat saluran darah ke otak tersumbat). Omega 3 juga mempunyai kesan menghalang pembekuan darah. Oleh itu pada dos yang tinggi, supplement Omega 3 dipercayai boleh menyebabkan hemorrhagic stroke (strok yang terjadi akibat pendarahan dalam otak).

Omega 3 dan Rheumatoid Arthritis
Omega 3 boleh mengurangkan sakit sendi dan kekerasan sendi (joint stiffness) pada pesakit rheumatoid arthritis.

Omega 3 dan dementia
Omega 3 dipercayai mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s.

Omega 3 dan kanak-kanak
Berhati-hati dengan promosi iklan susu tepung kanak-kanak yang mendakwa Omega 3 adalah ”brain-boosting” power untuk kanak-kanak. American Academy of Pediatrics mengesyorkan kanak-kanak makan lebih banyak ikan bagi mendapatkan khasiat Omega 3 berbanding pengambilan supplement.

Omega 3 dan wanita mengandung

Satu kajian yang telah dijalankan oleh John Colombo, PhD mendapati bayi yang lahir daripada ibu yang mengambil kadar Omega 3 dan DHA yang mencukupi semasa mengandung didapati mempunyai daya tumpuan yang lebih semasa dua tahun awal mereka berbanding dengan bayi yang lahir daripada ibu yang kurang kadar Omega 3 dan DHA.

Berapa banyak Omega 3 dan DHA yang diperlukan oleh wanita mengandung?
Kajian Levine menyarankan keperluan DHA sebanyak 250mg semasa mengandung

DHA dan susu ibu
DHA secara semulajadi terkandung di dalam susu ibu yang mana amat bagus untuk kecerdasan otak bayi yang sedang membesar....alhamdulillah, anugerah Allah untuk ibu dan anak-anak kita.

Bahaya ikan yang dicemari
Salah satu perhatian yang perlu diberi perhatian semasa pengambilan ikan adalah pencemaran ikan oleh merkuri akibat laut yang tercemar. Kehadiran merkuri di dalam ikan adalah berbahaya bagi wanita mengandung, wanita menyusukan anak dan kanak-kanak. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga elakkan memakan ikan pemangsa seperti shark, sworkfish, king mackerel dan buang kulit, lemak-lemak ikan sebelum memakan ikan.


Kesimpulan

Terdapat banyak kebaikan yang boleh didapati dengan pengambilan Omega 3 terutamanya bagi mengelakkan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan strok. Bahkan ianya amat bagus untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar untuk kecerdasan otak dan daya tumpuan yang tinggi. Namun, badan kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dengan sendiri. Sumber terbaik bagi mendapatkan Omega 3 adalah daripada ikan. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang menggalakkan kita umat Islam memakan ikan dan mengurangkan pengambiln daging sekali seminggu sahaja. Dan bagi bayi pula sumber yang terbaik semestinya daripada susu ibu, anugerah daripada Allah Taala. Oleh itu, langkah terbaik sebagai seorang ibubapa, kita pastikan diet keluarga kita lebih kerapkan pengambilan ikan dalam masa seminggu sebagai sumber protein berbanding ayam atau daging. dan bagi bakal-bakal ibu pastikan anda menyusu anak-anak anda.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca perkongsian disini..!

RAHSIA AWET MUDA: KETAWA

Assalamualaikum..
Pagi ni nak santai-santai sket.
Semalam dok tengok make up transformation ni, dok tebahak-bahak, pecah perut nengoknye.. Ade banyak lagi. korang bleh google je...
Yang ni ade beberapa saya kongsikan sini.. yang saya rasa betul-betul klakar...

Moh kite guling-guling..!














Wahahahaaa....
Cane? Ada rasa macam awet muda sket tak lepas dah gelak, pastu guling-guling plak.. dah berapa banyak senaman tuh! hihihi...

Mode: Release tension