Wednesday 18 June 2014

KALSIUM: Saya NGERI... Anda???

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

KALSIUM... Saya tak tahu orang lain, tetapi saya tak pernah kisah pasal kalsium ni DULU... Yela, badan rasa kuat je kan masa bujang2 dulu. Minum susu memang tak la masa dulu. Sampailah dah kawin pun tak heran nak amalkan minum susu ke ape.. Suplimen kalsium? Tak pernah tahu pun kewujudannya...hahaha.

Kemudian, pregnant anak pertama... normal la kan, amik Anmum tapi yang coklat. Tapi masa tu saya tak tahu pun amik susu tu penting untuk bekalan kalsium! Yang saya tahu, minum susu masa pregnant tu sebab nak bagi khasiat untuk baby dalam perut..hihihi.. (jahil sungguh ku rasa...). Selepas melahirkan anak sulung tu, minum la pulak susu untuk susu badan, tapi setin je pun. sebab saya tak dapat susukan anak untuk tempoh yang lama. Lepas tu? No more milk everyday..

Setahun lepas tu, pregnant 2nd baby, lagi lah teruk... Susu Anmum macam biasalah, mesti beli bila dah sah pregnant but.. minum beberapa kali je, nak habiskan setin kecik tu.. makan masa berbulan.. then lepas tu takde beli dah susu tu.. Means, sepanjang mengandung anak kedua, saya tak ambil susu pun. Suplimen kalsium, jauh sekalilah...hehe.. Anak kedua ni saya BreastFeed sepenuhnya, memang seronok! sampai umur dia 2 tahun then saya hamil yang ke-3. Third time pregnant ni pun kes sama jugak.. takde minum susu langsung dan tiada suplimen kalsium.. (teruk betul saya masa tu..huhu). Dan anak ketiga ni saya BF selama 8 bulan je.. Ni lah sejarah saya dan kalsium yang sangat RENGGANG..

Rupa-rupanya, saya SILAP BESAR sebab taknak 'kawan rapat' dengan KALSIUM ni...
Dua tahun lepas lahirkan anak ketiga, umur pun dah masuk 30thn, mulalah berlaku satu persatu akibat tak amik kisah tentang pengambilan kalsium ni...

Bermula dengan GIGI... satu persatu gigi geraham saya pecah bila makan sesuatu yang keras.. kunyah-kunyah tiba-tiba rasa terkunyah 'batu'. keluarkan dari mulut, tengok-tengok serpihan gigi.. huwaaa... sampai sekarang gigi geraham saya memang ROSAK TERUK! (mujur gigi yg dalam je gitu.. kalo tak.. bergigi palsu la daku...huhuu). Bila dah berlaku ni, dah mula ada kesedaran tentang kalsium ni. So, saya minumlah jugak susu. Tapi, gigi pecah-pecah ni tak cukup menakutkan saya rupanya.. Sekejap je 'rajin' minum susu. then stop semula. Then, mulalah timbul tanda-tanda yang bikin saya sangat sangat NGERI..
>Sakit pinggang bila duduk dan baring 
>sakit kaki bila berdiri lama 
>Sakit tangan bila mengurut
>sakit2 badan setiap kali bangun tidur 
>Badan bongkok bila berdiri atau duduk 
>Ukuran tinggi semakin menurun 

Ni lah antaranya.. bila baca mungkin anda rasa biasa-biasa je, tapi kalo anda rasa apa yang saya rasa ni mesti rasa nak telan kalsium banyak-banyak..hehehe..

Dikukuhkan lagi dengan bacaan-bacaan saya tentang masalah OSTEOPOROSIS yang sebenarnya BOLEH MEMBAWA MAUT... Lagi bertambahlah kesedaran saya.. Macam mana boleh bawa maut tu?
Kerana bila tulang kita jadi terlalu rapuh, sedikit kemalangan yang melibatkan hentakan (jatuh, berlanggar dll) akan mengakibatkan tulang kita PATAH REMUK.. walaupun hentakan tu tak kuat sangat pun masih boleh mematahkan tulang akibat kerapuhan tu.. Jadi, bayangkan jika dah patah remuk.. tangan,kaki,belakang,leher dan kebanyakan badan kita yang disokong oleh tulang ni habis patah... tak ke boleh membawa maut tu??? Tak menakutkan ke? huhhuu..

Selepas mula nampak tanda yang sangat memberi kesan kepada saya, disinilah bermulanya 'kisah cinta' saya dengan produk Shaklee... Saya mula mencari produk suplimen Kalsium untuk tambahkan ketumpatan tulang saya ni. Dan saya ditemukan oleh Allah swt dengan OSTEMATRIX.. Suplimen kalsium daripada Shaklee. Yang saya dah rasai keberkesanannya. Sangat memudahkan saya kerana hanya perlu telan 4biji sahaja sebelum tidur malam. Kali pertama cuba, terasa tidur malam yang sangat lena..ibarat baby yang kekenyangan minum susu ibu dan tidur lena sepanjang malam! hehe.. Dan yang paling menakjubkan tu, walau tidur tu lena macam tak boleh bangun dah, tetapi sebaliknya bila tejaga subuh tu, mata terus rasa segar dan badan rasa cergas je.. takde rasa sakit sengal-sengal sampai malas nak bangun.. NO MORE..! Fuhhh... memang confirm ku jatuh hati.. ^_^
Alhamdulillah.. dah lebih setahun consume dengan OSTEMATRIX. Inilah pilihan TERBAIK saya... Dan kerana masalah ni jugaklah, saya dapat sedikit pengetahuan tentang BAHAYA KEKURANGAN KALSIUM ni. Sebab tu saya kongsikan cerita saya dengan WANITA diluar sana.. Semoga ramai lagi wanita diluar sana yang lebih peka berkenaan KALSIUM ni.. InsyaaAllah.. :)
------------------------------------------------------------

Dah habis cerita kisah saya tu, disini saya nak cerita KENAPA PILIH OSTEMATRIX?

Pertamanya, kerana Ostematrix adalah KALSIUM yang berbeza dengan jenama lain:
Ostematrix adalah kalsium yang isinya PALING SEIMBANG YANG MEMASTIKAN KADAR PENYERAPAN SEHINGGA 99%. Formulanya unik, dibuat dari MINERAL SEMULAJADI dan garam mineral daripada Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini PERLU DIAMBIL BERSAMA-SAMA UNTUK PENYERAPAN OLEH TUBUH DAN MENGHALANG ENDAPAN SESETENGAH MINERAL. Kajian telah membuktikan suplimen kalsium akan MENINGKATKAN KETUMPATAN TULANG WANITA YANG TELAH BERUMUR SECARA BERKESAN.

Jom kita lihat berapa keperluan kalsium anda setiap hari:


TETAPI...nak pilih suplimen kalsium pun ada caranya tau...!
Bagaimana memilih KALSIUM PREMIUM?
1. Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium.
2. Elakkan produk yang dibuat daripada tulangdan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

OSTEMATRIX?---> Semestinya Kalsium PREMIUM..! hehehe..
1 Biji Ostematrix (500mg kalsium) = segelas susu kalsium tinggi = 80biji badam



Kesimpulannya... Untuk saya, KALSIUM NI SANGAT PENTING..!
Jika anda pun rasa PENTING... CEGAH SEBELUM PARAH!

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya:
FB: Zue Akim Biz
Page: DewiAmanda Butik
sms/wassap: 0126674640

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment