Thursday 20 November 2014

KEKAL SLIM WALAU TAK JAGA MAKAN? : Jangan Berlagak sangat..!

Bismillahirrahmanirrahim...

SENTAP dengan tajuk entri saya kali ni?
Rileks aaa... Tajuk tu untuk diri i sendiri hokeh! hahaha....

Yess.. itulah hakikatnya. Orang dok kata badan saya menten je even anak dah 3 orang, kawin dah 10 tahun... 
(padahal en somi je yg tahu badan i menten ke tak..kikiki)

Tapi, korang ingat badan menten ni susah dapat penyakit ke?
SILAP BESAR laaaa...
Actually, saya lebih jeles dengan en somi yang badan 'gagah' dengan berat 100+kg tu. Sebab every medical check up dia sume normal! Jantung, paru-paru, gula, tekanan darah.. even doktor pun pelik jugak dengan berat obesiti tu boleh kekal sihat. Tu hasil dia menyahut seruan kerajaan 'berjalan 10 ribu langkah sehari'.. Hari2 die kena jalan dekat port tu.. hahaha. (untung orang keje pelabuhan).

Macam mana dengan saya?
SURI RUMAH je pun.. 
Tapi ramai gak yang kata jadi suri rumah lagi sihat. 24jam wat keje umah.. Sebab tu masa zaman opah kita dulu2 deme sihat jer.. Padahal suri rumah je pun.
Cesss... Jangan di samakan suri rumah jaman sekarang dengan dulu...!
Ade korang berus kain baju (anak kurang-kurang 7orang) guna tangan? Pastu bilas berkali-kali dan 'spin' sendiri guna kederat tangan. Ade..? Ade..?

Hahaha...Skang ni basuh kain guna jari je kot! 
Jadi, tang mana nak eksesais nye tuh? ngeh3...
Ape lagi jaman opah2 dulu wat sendiri?
Kukur nyor.. Cari kayu api nak masak guna dapur arang.. Dah habis masak nak kena sental periuk yang legam tu plak. Huh.. memang takleh lawan la mak2 jaman dulu dengan kita skang weh... Jauh bebenor...!

Ok.. ni baru nak cerite kisah disebalik keluornye entri ni.
Actually, dah berlaku seminggu lepas. Tapi, malam tadi jadi lagi dan rasa macam membimbangkan pulak!
Malam tadi, tetiba rasa macam sakit/senak susah nak describe, tapi macam ade angin dari depan sampai belakang badan. Rasa macam dada sebelah kanan. Memang tak selesa. Rasa nak sendawa, then lepas sendawa dia rasa lagi dan lagi.. nak tido pun tak bleh. Dalam kepala dah fikir "Ni tanda nak sakit jantung ke pun..?". Memang tak boleh nak tido dah dengan keadaan macam ni. So, bangun terus google 'TANDA AWAL SAKIT JANTUNG'. Dan banyakla yang keluar... Tapi yang ni saya rasa paling mudah difahami;


Walaupun saya tengok simptom yang ada pada saya ni kurang tepat, tapi saya tetap anggap ini satu petanda tak baik. Ni petanda saya tidak boleh lagi sambil lewa terutama tentang SENANAM iaitu perkara yang saya tinggalkan sebab beranggapan saya seorang surirumah yang bersenam bila melakukan kerja rumah.. NO NO NO... Tidak boleh lagi berfikiran begitu!

Alhamdulillah, bangun pagi ni dah hilang rasa 'angin' dalam badan tu dan aktiviti pertama pagi ni lepas anak-anak dah ke sekolah adalah:

BERBASIKAL 10 PUSINGAN KELILING RUMAH..
(saya dok kampung hokeh.. so, keliling rumah tu agak besar la.. heheh)

Habis berbasikal, gi sapu laman rumah pulak.
Habis menyapu, gi cangkul rumput pulak.
Habis mencangkul, sambung kerja harian.. sidai kain, kemas rumah..
Alhamdulillah.. rasa lebih sihat pulak.. hehehe.
Patutlah dulu, arwah opah walau umur dah 90thn, rajin bersih2 kan laman rumah dia. Bila suh rehat.. katanya: " kalo opah duduk saje lagi rasa tak sehat..".
Betul tu opah..! (rindu arwah opah.. huhu)
Harap-harap boleh menten senaman setiap hari.. InsyaaAllah.

Kat sini jugak saya nak kongsi cane nak kira DENYUT NADI yang normal untuk kita. Kebiasaannya, denyut nadi NORMAL bila kita sedang berehat adalah:

60-80 kali perminit >> DEWASA
80-100 kali perminit >> KANAK-KANAK
100-140 kali perminit >>BAYI

Tetapi, untuk mengetahui kadar denyut nadi maksima kita boleh kira macam ni:

Nadi (max)=80% x (220-umur)

Jadi Nadi maxima saya adalah:

80% x (220-32)= 150kali/minit.

Oleh itu, lepas ni boleh la selalu pantau kadar nadi korang ye..
Jika denyut nya kurang/lebih cepat/ tak teratur bermakna mungkin ada gangguan jantung pada diri kita. Boleh la buat check up kat hospital ok?

So, saya tutup entri kali ni dengan ucapan:
'SAYANGI JANTUNG KITA'

NOTE: Sila minum 500ml air masak sebelum memulakan senaman supaya proses pengeluran peluh jadi lebih lancar! :)

No comments:

Post a Comment