Friday 13 June 2014

Kenapa B COMPLEX Shaklee?

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

MITOS: Makan B Complex selera bertambah dan berat badan naik.
FAKTA: B Complex membantu menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus dapat mengurangkan keletihan/kelesuan. (boleh kuruskan badan...)

Sebenarnya, ramai yang salah faham tentang B complex ni. Jika anda faham, pasti anda tidak akan miss untuk makan B complex setiap hari..! B complex memerlukan makanan (lemak/karbo/protin) untuk ditukarkan menjadi tenaga. Oleh sebab itu, sebaiknya kalo nak makan B complex tu silalah ambil SELEPAS MAKAN. Supaya ia boleh tukarkan lemak2 kepada TENAGA.. Tapi harus diingat!!!
--> JIKA RASA LAPAR SELEPAS MAKAN B COMPLEX, SILA MINUM AIR MASAK DENGAN BANYAK BUKAN AMIL MAKANAN SEMAHU-MAHUNYA.. hehehe.

Hokeh, dah tahu kan MITOS dan FAKTA sebenar pasal B Complex ni?
Dah bersedia nak makan B Complex? Meh saya ceritakan kenapa perlu ambil B Complex Shaklee?

PERBEZAAN SHAKLEE:
Para saintis Shaklee telah MENCIPTA ASID FOLIK SECARA SEMULAJADI YANG PERTAMA DI DUNIA DENGAN KADAR PENYERAPAN YANG SANGAT TINGGI DAN BERKUALITI. Ini kerana, asid folik semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam ppasaran bersifat sintetik.
B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini PERLU ADA pada vitamin B Complex untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang seimbang. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin LARUT AIR, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah SANGAT PENTING untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

So, inilah perbezaan yang terdapat dalam B Complex Shaklee berbanding dengan jenama yang lain. Bila dah tahu, kenapa perlu pilih produk Shaklee barulah kita tengok pulak APA MANFAAT JIKA KITA AMBIL B COMPLEX NI?

MANFAAT UTAMA:
------------------
MENUKAR MAKANAN KEPADA TENAGA
>Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

MELAWAN TEKANAN
>Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

MEMBANTU TUMBESARAN
>Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

RAMBUT BERUBAN DAN GUGUR
>Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

BAIK UNTUK MATA
>mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya fokus.

MENCEGAH ANEMIA
>Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular,merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

MEREDAKAN SENGGUGUT
>Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengabil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

MENCEGAH PERICHE
>Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

DETOKSIFIKASI
>Meredakan alahan





















Ni la B COMPLEX terbaik yang saya dan ramai lagi pengguna diluar sana ambil setiap hari..!
Tapi kan, nak makan B COMPLEX ni bukan boleh main pilih je mana-mana jenis, kena ada KRITERIA jugak supaya mendapat keberkesanan yang sempurna.. :)

BAGAIMANA MEMILIH B COMPLEX YANG BAIK?
1. Mengandungi kesemua 8 vitamin: B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
4. Elakkan pengambilan B COMPLEX yang menawarkan rumusan larut air (sustain release).

REMINDER:
Selepas mengambil B COMPLEX, air kencing akan bertukar kekuningan. Ini merupakan situasi normal kerana B COMPLEX merupakan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa.

NOTE: 
B COMPLEX merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak adalah digalakkan.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya:
FB: Zue Akim Biz
Page: DewiAmanda Butik
sms/wassap: 0126674640

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment