Monday 16 June 2014

DEWI & AMANDA : Kisah Basikal

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Dewi & Amanda... Mereka BUKAN KEMBAR tau! hehe.. Yang berbaju pink tu DEWI si kakak. Bakal berusia 7 tahun bulan Oktober nanti. Amanda pulak dah masuk 4 tahun sekarang. Memang selalu orang ingat mereka ni kembar especially kalo dua-dua pakai baju corak sama.. hihik.
Entri kali ni saya nak berkongi cerita mereka yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada kita semua. Kisah ni, saya fokuskan watak utama kepada Dewi yang banyak menunjukkan sikap positif...

Kisah bermula dua bulan lepas, pada masa tu papa berniat untuk beli basikal untuk anak-anak tetapi bukan sekaligus la.. hihi. Mula-mula basikal pilihan si abang yang dibeli dulu. Si abang memang dah pandai naik basikal besar. So, belikanlah dia dulu. Bila abang dah dapat basikal, bukan main seronok la dia main depan adik-adiknya dua orang ni. Tetapi, keseronokan abang tak dibiarkan lama-lama... Bila tengok abang bukan main seronok naik beskal, Dewi TEKAD untuk belajar jugak naik beskal tu. Padahal Dewi masa dulu, naik beskal kecik pun masih beroda 4.. (beskal yg lama ni dah hancuss...heheh). Masa tu saya rasa musyhkil jugakla bila dia nak belajar naik basikal besar terus tanpa ada roda kiri & kanan tu.. Mama ni jenis risau itu, risau ini.. jadi, tugas mengajar Dewi, memang jatuh kat papa la.. Dan.. Allahuakhbar.. Dalam masa sehari je Dewi dan mula boleh bawa basikal abangnya walau masih jatuh-jatuh..! Hebat.. memang hebat! 
Dan hari-hari berikutnya, abang terpaksalah 'berkongsi' keseronokan berbasikal tu dengan si Dewi....hahaha.. hangin je si abang sebab Dewi tak berenti nak main beskal je..kikiki..

Bulan berikutnya (bulan lepas), masa untuk beli basikal kedua pulak. Nak beli untuk Dewi atau Amanda?? Hmmm... memandangkan Dewi dah boleh naik basikal abang, maka kami (mama&papa) decided untuk beli pulak basikal yang boleh adik(Amanda) dan Dewi(kakak) sekali naik.. Maka sampailah basikal lebih kecik daripada abang dan semestinyalah beserta dengan roda kiri&kanan nye sekali kan.. sebab adik baru 4 tahun. opkos la belum lagi boleh kayuh basikal dengan dua roda je..(ini dalam fikiran mamanye..hehehe..). Tetapi, saya tak cakap basikal tu adik punya. saya bagitahu itu utk adik dan kakak main sama-sama.. Jadi, hari seterusnya seronoklah si adik dapat main beskal dah sebab selama ni dok tengok je abang dgn kakaknya main beskal.. Sedang adik dok seronok naik beskal barunya, si kakak amik peluang jugak naik beskal adik tu walau beroda 4.. hihi.. dah adik tak pandai naik beskal lagi kannn.. terima je laaa..

Lepas 2 minggu ada basikal kecik beroda 4 tu, timbul rasa 'kurang seronok' pada si kakak sebab tak boleh naik beskal tu dgn 2 roda. Rasa hati dia tu tak di diamkan je.. Jadi, dia pun luahkanlah pada papanya. Dia suruh papa buka roda kiri&kanan basikal tu. Papanya yang sentiasa yakin setuju nak buka dengan SYARAT: Kakak mesti ajar adik naik beskal dua roda sampai pandai. Dan semestinyalah Dewi akan setuju dan dia akan buat sampai jadi..! Yang mama ni terkejut jugakla mula-mula bila tengok roda kecik tu dah dicabut sebab kesian plak nanti adik takleh main. then bila papa bagitau yang Dewi kata dia nak ajar adik, saya ikutkan je la.. Sampaila satu hari tu..........
Amanda: Mama.. jom la duduk kat luar tengok kita naik basikal..
Dewi: Ha ah ma.. jom la.. adik dah pandai naik basikal sendiri dah!
Mama: ye ke?? ok.. jom. (layankan je sebenarnya)
Then, bila dah tengok depan mata..... Subhanallah... macam tak percaya..!
Dewi, mula-mula pegang basikal dan adiknya kayuh. Lepas satu pusingan saya dengar Dewi cakap "ok dik, kakak lepas ni tau.." dan dia pun lepaskan tangan sambil adik terus kayuh basikal sendirian... ! Ya Allah... saat itu adalah moment yang paling menakjubkan berbanding semasa abang dgn kakaknya mula bawak basikal dulu...hehehe.. Kalau saya tak tahu umur Amanda tu, mungkin rasa biasa je tengok dia boleh berbasikal sendiri macam tu. Tapi sebab minda saya tahu dia baru 4 tahun.. jadi macam agak kagum sekejap! hahaha... Itulah yang dinamakan KEINGINAN+KEAZAMAN+USAHA+SABAR... Amanda pandai berbasikal sendiri bukan sebab dia bersungguh-sungguh nak belajar sahaja, tetapi kerana kakaknya Dewi sangat YAKIN boleh ajar adiknya dan ada BUKTI yang dia perlu tunjuk dengan papanya.. Alhamdulillah.. Dia BERJAYA selepas BERUSAHA dengan SABAR.. :)

Itulah kisah mereka.. Kesimpulannya, dalam apa jua yang kita impikan.. kita tak boleh nak harap ianya DATANG BERGOLEK je. Pertama-tama sekali, mesti ada KEINGINAN untuk capai impian tu. Jika keinginan pun takde, maka tinggalkan kita disitu je.. Ibarat kita berada dalam sebuah bilik berpintu kaca yang kita boleh lihat betapa cantiknya diluar tuuu... tapi, takde keinginan pun nak keluar untuk tahu bagaimana lah rasa duduk kat tempat tu. So, duduk je la kita dalam bilik tu kan? Tetapi, jika kita teringin nak rasa duduk luar tu, pasti kita akan bangun, jalan dan buka pintu untuk melangkah keluar.. inilah yang dinamakan USAHA... Ada KEINGINAN, ada USAHA badan mesti akan bergerak untuk melakukan perbuatan.. betul tak? Mari sama-sama kita tanya kembali diri sendiri.. 
"Adakah aku sudah cukup selesa disini?"
"Apakah impian aku sebenarnyaa?"

Salam sayang untuk semua.. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ni. Semoga setiap perkongsian dan info di dalam blog saya ni dapat memberi manfaat kepada semua orang.. InsyaaAllah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment