Thursday 27 March 2014

ESP SAHKLEE...BERKUALITI KAH???

Energy Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan SATU-SATUNYA produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 ASID AMINO PENTING yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.



Tapi... APAKAH ITU ASID AMINO??
Protin terdiri daripada 20 jenis ASID AMINO yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia. Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai ASID AMINO TAK PERLU. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai ASID AMINO PERLU. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Dalam penghasilan ESP, Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ini bagi memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada semasa benih sehinggalah kepada pengeluarannya. 

Dalam memilih produk Soy Protein yang berkualiti, pemilihan perlu dilakukan mengikut 7 KRITERIA dibawah:
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Energy Soy Protein Shaklee semestinya mempunyai kesemua 7 KRITERIA yang digariskan di atas.. :)
Tak hairanlah kenapa ESP menjadi pilihan ramai pengguna sebagai sumber protin asli yg terbaik..!

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya:
Fb: Zue Akim Biz
sms/wassap:0126674640|ZUE|





























KENALI ESP SHAKLEE

Shaklee merupakan SYARIKAT PERTAMA yg mencipta makanan tambahan PROTIN berasaskan KACANG SOYA. Hakikatnya, pengasingan protin yang PERTAMA ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Kini, banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah FAKTOR UTAMA dalam penjagaan kesihatan yg unggul.

Energy Soy Protein (ESP) ini DIIKTIRAF oleh seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yg sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yg paling tinggi pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "NON-GMO"(non-Genetically Modified Organism) yg mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energy Soy Protein dari Shaklee ini merupakan SATU-SATUNYA PRODUK di dalam pasaran yg menjamin penyediaan 9 ASID AMINO PENTING yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungan Indeks Glisemik (G.I)* yang rendah iaitu 39, menjadikan ESP sangat sesuai juga kepada penghidap kecing manis.
(*Boleh baca tentang indeks glisemik pada post sebelum ni ye..)

Satu hidangan ESP Shaklee ini adalah bersamaan dengan:
# 2 kali ganda daging
# 4 kali ganda telur
# 12 kali ganda susu
# Rendah lemak
# Tiada kolestrol
# Tiada Asid Urik
# Sangat mudah diserap oleh tubuh manusia

Anda dah kenal SEJARAH Energy Soy Protein Shaklee ni?


Sekarang saya nak bagitahu MANFAAT UTAMA kepada yang mengambil ESP ni..

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.


untuk keterangan lanjut:
Fb: Zue Akim Biz
sms/wassap:0126674640|ZUE|

Monday 24 March 2014

INDEKS GLISEMIK (G.I).... APAKAH????

Indeks Glisemik (G.I) adalah kedudukan karbohidrat berdasarkan IMPAKNYA terhadap PARAS GULA dalam darah. Mari kita tengok berapakah nilai G.I yang kita perlu tahu:

G.I table
Rajah di atas menunjukkan nilai G.I yang perlu kita tahu dalam setiap pemakanan yang kita ambil setiap hari.
Semestinya pemakanan yang paling baik adalah yang mempunyai nilai G.I yang PALING RENDAH iaitu 54 dan kebawah (hijau). Kenapa makanan dengan G.I rendah paling baik? Mari saya terangkan....

Pengambilan makanan dengan nilai G.I yang TINGGI menyebabkan KARBOHIDRAT memecahkan gula dengan TERLALU CEPAT dalam sistem badan kita. Manakala, bagi makanan yang mempunyai nilai G.I yang RENDAH, karbohidrat akan bertindak memecahkan gula secara PERLAHAN-LAHAN sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Jadi, makanan dengan G.I yang RENDAH bukan sahaja sesuai bagi mereka yang menghidapi KENCING MANIS, tetapi juga PENTING dalam PENGURANGAN BERAT BADAN dan PENJANGAAN KESIHATAN dalam jangka masa panjang.

ESP-Energy Soy Protein daripada Shaklee mempunyai nilai G.I=39 yang mana ianya boleh dikategorikan dalam G.I yang RENDAH. Sebab itulah ESP adalah SANGAT SESUAI diminum oleh individu yang:

1-Menghidap DIABETES peringkat awal
2-Menghidap DIABETES semasa HAMIL
3-Ingin mendapatkan BERAT IDEAL
4-Mementingkan KESIHATAN menyeluruh

NOTE: Pesakit DIABETES yang cucuk insulin DILARANG mengambil ESP kerana fungsi buah pinggang mereka agak lemah. Mereka BOLEH mengambil VIVIX Shaklee sebagai ganti.

Sebarang pertanyaan boleh la hubungi saya...ZUE..Pengedar sah Shaklee..
Fb: Zue Akim Biz
Fb Page: Confidence Health&Beauty Online
call/sms/wassap:0126674640

REMINDER: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau menyembuhkan sebarang penyakit. Setiap cadangan adalah berdasarkan TESTIMONI mereka yang telah menggunakan produk tersebut.

Sunday 23 March 2014

AKU DAN MAK SHAKLEE KU

Assalamualaikum...
Terima kasih kepada anda yang sudi jengok blog saya dan membaca setiap coretan saya di sini..
Hari ni nak cerita KISAH SEMALAM yang bakal menjadi ingatan yang amat bermakna buat diri saya.

Semalam adalah saat pertemuan saya dengan mak a.k.a upline saya dalam biz Shaklee.. Kami panggil dia Ayu. Muda lagi orangnye.. comel.. dan sangatlah mesranya... Mula-mula jumpa je dah hungging2 sambil dia cakap: "rindunyaaaaa dengan akak...". Padahal tak pernah berjumpa pun lagi kita orang ni. Hehehehe.. Klakar habis rasanya. tapi memang sungguh, perasaan masa hungging tu rasa macam dah lama kenal dan dah lama tak berjumpa.. itulah betapa KUAT nya ikatan antara kami ibu & anak dalam biz Shaklee ni.. Saya cakap bukan hanya untuk saya dan ayu je, tapi saya yakin semua ibu&anak Shaklee dalam susur galur kami pun merasai KEISTIMEWAAN relationship yang pada awal hanya terjalin melalui alam maya... Walau lebih setahun hanya kenal dan berhubungan melalui alam maya, tetapi silaturrahim yang kami jalinkan adalah yang sangat ikhlas.. sehinggakan bila bertemu dalam alam realiti, perasaan selesa, mesra, caring dan rasa kasih sayang tu automatik terkeluar walau itu pertemuan pertama.. :)

Walaupun sekejap je dapat jumpa dan tak leh nak sembang lama2 kerana ini adalah pertemuan yg 'tak rasmi' kan.. tapi bagi saya, ianya amat bermakna.. cukuplah dapat luahkan rasa kasih sayang tu dengan pelukan, semyuman dan gelak tawa. Banyak kali peluk2 ayu masa nak balik tu, rasa tak nak lepas je..hihihi.. macam orang bercinta plak rasa..hahaha.. tapi memang itulah cinta. CINTA seorang ibu pada anaknya.. ^_^

Kenapa saya tak rasa ayu seperti upline pun masa jumpa?
Sebab, kami jumpa hanya sembang2 tentang diri, keluarga dan cerita2 biasa yang TIADA KAITAN langsung dengan biz Shaklee... best kan? Walaupun kami dalam satu biz, tapi hubungan kami TAK TERIKAT langsung hanya kerana biz Shaklee. Sebab ayu hanya upline merangkap mak saya dlm biz ni. dia BUKAN MAJIKAN saya. that's why kami tak perlu nak cerita pasal biz je setiap kali berjumpa. lagi-lagi ni adalah pertemuan yg 'tiada temujanji'.. Melainkan lah saya book ayu utk 'meeting rasmi' kan.. yg tu opkos la kena lebih fokus pada urusan biz berbanding sembang2 kosong..! hehehe..

Alhamdulillah... syukur kerana Allah permudahkan kami utk bertemu. kebetulan saya ada kenduri rumah kawan suami yang lokasinya dekat2 kenduri yang ayu pergi. dan mujur jugak suami saya pulak keje kat area Manjung tu jugak. so area tu dalam poket dia je kot..hahaha.. Ayu pun siap pelik cane kami boleh jumpa tempat kenduri pakcik dia tu sedang dorg nak cari punya susah..hehe..

InsyaaAllah, bila ada pertemuan pertama pasti akan ada pertemuan seterusnya. semoga silaturrahim kami sentiasa akan terjalin sehingga ke akhir hayat..
Buat susur galur Shaklee dibawahku, terus terang saya katakan sangat RUGI jika anda tidak ambil peluang untuk GET CLOSER dengan mak masing-masing. we are like FAMILIES. susah senang kita cuba hadapi bersama.. tiada mak yang akan biarkan anak dia susah sorang2 kan? tiada mak yang akan biar anak dia sedih sorang2..dan tiada mak yang tidak mendoakan anak dia... Binalah hubungan dengan mak masing2.. jangan rasa TAKUT atau SEGAN dengan mak sendiri. ceritalah apa pun masalah anda, bukan hanya terhad utk biz Shaklee je tau. sebab group kita memang menekankan hubungan yang lebih dari hanya sekadar BIZ..

Mak saya dah jumpa...
Semoga lepas ni saya akan dipertemukan dengan setiap anak-anak Shaklee saya pulak.. Amiiinnnn.

ME n MY MOMMY-Ayu
Tengah tu anak i..Amanda..hihi

Friday 21 March 2014

SUPLIMEN DAN PENYUSUAN BAYI

Seandainya anda mengambil suplimen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin BUKAN salah satu cara memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat serta secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja..! KEJAYAAN PENYUSUAN antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu:

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh DISIPLIN dan KONSISTEN:

1. Si ibu KERAP MENYUSUKAN bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 JAM atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Si ibu memastikan PENGAMBILAN AIR yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu TIDAK KURANG dari 3 liter sehari dan memastikan dirinya mengambil MAKANAN SEIMBANG dalam menjayakan penyusuan lengkap untuk si manja.

3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, DOA dan ZIKIR sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadikannya AMALAN RUTIN agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan dapat berlangsung dengan lancar.

Dalam Shaklee, suplimen LENGKAP yang dicadangkan untuk ibu menyusu adalah SET 3M yang terdiri daripada: 
ESP, VITALEA,VITA-C PLUS, B-COMPLEX, ALFALFA, OSTEMATRIX.



Mari kita baca apa MANFAAT setiap suplimen ni:

ESP-Energy Soy Protein
------------------------------
Mengandungi ISOFALVON yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Isoflavon juga melembabkan, menggebukan dan menganjalkan kulit dan payudara. Disamping itu, kandungan protinnya yang tinggi sangat membantu dalam pertumbuhan bayi.

VITA-LEA
--------------
Dilengkapi dengan VITAMIN dan MINERAL yang sangat diperlukan oleh ibu supaya boleh memberikan nutrisi lengkap kepada bayi melalui susu ibu. Vita-lea juga disertakan dengan ZAT BESI yang berfungsi untuk menstabilkan kandungan Hemoglobin dalam darah ibu supaya si ibu tidak cepat penat dan sentiasa bertenaga sepanjang proses penyusuan.

VITA-C PLUS
------------------
Penting untuk mengoptimumkan sistem imun ibu dan juga bayi. Ia juga membantu dalam pembentukan kolagen yang ternyata baik untuk kulit yang cantik dan sihat.

B-COMPLEX
-----------------
Memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda, disamping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi. Selain itu, ia juga membantu penghasilan tenaga dan darah.

ALFALFA
--------------
Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Alfalfa juga bagus untuk kesihatan buah pinggang dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan. Selain itu, alfalfa juga berfungsi seperti 'kacip fatimah' bagi wanita yang sangat membantu untuk masalah keputihan dan memantapkan hubungan intim dengan suami.

OSTEMATRIX
-------------------
Di dalam susu ibu, kandungan kalsium adalah sangat tinggi kerana ianya sangat diperlukan oleh bayi bagi pertumbuhan tulang. Jika si ibu tidak mengambil kandungan kalsium yang mecukupi, kalsium daripada tulang dan gigi si ibu akan diserap untuk penghasilan susu ibu. Lama kelamaan tulang si ibu akan menjadi rapuh, gigi rongak, badan mula membongkok dan sakit-sakit badan. Oleh sebab itu, kalsium adalah sangat penting kepada ibu yg menyusukan anak.

Jadi, kepada para ibu yang ingin menyusukan anak mereka secara ekslusif boleh la mengambil suplimen yang di cadangkan sekiranya anda merasakan badan anda memerlukan nutrisi yang lengkap! ^_^

Hubungi saya, ZUE-Pengedar Sah Shaklee Anda.
pm inbox FB: Zue Akim Biz
call/sms/wassap: 0126674640.

Saturday 15 March 2014

SEKADAR PERKONGSIAN

Assalamulaikum....
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Malam ni rasa macam nak berkongsi CERITA SAYA DAN PAKAIAN SAYA. Semoga bermanfaat... :)

Dulu...sebelum kahwin, terus terang sy kata bahawa dressing tak menepati syariat pun. Bertudung, tapi bila keluar pakaian seluar jeans ketat dan baju pun ikut shape dan kadang2 pakai baju lengan pendek je.. Lepas kahwin, mula ubah sket. baju lengan panjang tapi pendek pulak bajunya. dan kalo pakai baju panjang, ukuran ikut badan pulak! Astaghfirullah...kalo ingat semula memang rasa banyak betul dosa hanya pada aurat sahaja.. then, masa dah kawen dulu, takde bertudung pun depan abg2 ipar.. yela, org dulu-dulu kan kira kalo dah jadi sebahagian keluarga tu, kira takyah nak pakai tudung la..huhu.. Masa dulu, bila dressing rasa macm dah tutup aurat. tapi hakikatnya banyak yg tak betul.. baju masih menampakkan bentuk badan.. (ikut shape la tu..). Yelah, bila dah beranak 2-3 pun badan nampak slim, rasa bestla dressing mcm tu!

Sampaila 2 thn lepas, bila saya berminat nak jadi ejen kakak saya jual baju muslimah.... masa tu dah terniat dalam hati nak cuba pakai baju muslimah la.. sebab bajunya bermacam2 design.. cantik sangat saya rasa! Then bila dah mula jadi ejen tu, saya cubalah order selai-dua untuk cuba sendiri. kononnya sebagai promoter la..hehe. dan saya masih ingat baju 1st sy beli tu masih elok lagi utk dipakai sampai sekarang!

Pada hari pertama saya pakai baju muslimah tu, saya tak boleh lupa kata2 suami pada saya:
"Haaaa.... macam ni baru cantikkkk...". dan pada waktu tu lah saya terus jatuh hati nak bertekad untuk kekal dengan imej berbaju muslimah.. Alahmdulillah. Ini adalah titik permulaan saya.. Sedikit demi sedikit saya cuba memperbaiki aurat saya.. dari berbaju muslimah, saya mula latih diri untuk berstokin, memakai tudung yang menutup dada dan kemudiannya memakai sarung lengan...
Syukur...syukur kerana Allah membuka peluang ini untuk saya. 

Daripada rasa macam skema sebab berbaju muslimah, saya jadi rasa anggun, sopan dan ayu setiap kali berbaju muslimah.. 
Daripada rimas dan kekok bila berstokin dan bersarung lengan, sehingga saya rasa kekok dan rasa tak selesa bila tidak berstokin dan bersarung lengan..
Daripada segan bertudung labuh, sehingga rasa sopan dan selesa bila tudung menutup dada..

Ini bukan saya nak menunjukkan betapa bagusnya saya kerana telah berubah.. masih banyakkk lagi diri ini yg perlu diperbaiki..tapi saya hanya nak berkongsi cerita bahawa, permulaan niat saya pun bukan kerana saya nak cover aurat dengan sempurna. saya hanya cuba kerana nampak macam cantik. dan dari saja2 nak cuba tu tak sangka rupanya memang selesa dan lebih seronok dengan berpakaian muslimah seperti sekarang.. :)

Jadi, rakan-rakan muslimah sekalian...janganlah TAKUT untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik kerana setiap kebaikan yg kita lakukan pasti akan mendapat keberkatan daripada Allah swt.. InsyaaAllah.

Masih boleh berfesyen kan walau berbaju muslimah?

Thursday 13 March 2014

SIHAT SATU KEPERLUAN.. BETUL TAK?

Menjadi ibu dan ayah bukanlah perkara yang mudah kan? 
Setiap keperluan anak2 perlu disediakan.. perhatian perlu diberikan kepada anak2 sepanjang masa.. rutin harian perlu dijalankan walau macam mana sekalipun kerana itulah tanggungjawab yang perlu dilakukan sebagai ibu dan ayah..
Semakin bertambah umur, bermakna semakin kurangnya fungsi sistem badan kita. sebab itu, pengambilan makanan tambahan adalah satu keperluan supaya sistem badan kita mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan baik. Ini kerana, agak sukar untuk menyerap nutrisi secukupnya melalui pemakanan seharian kita. Jadi, alternatif yang boleh diambil adalah dengan pengambilan suplimen tertentu..

Dalam shaklee, kami ada 'family wellness set' dimana set ini sesuai dijadikan suplimen bagi parents yang sentiasa memerlukan tenaga dan kesihatan yang lebih baik. Setiap produk dalam set ini mempunya manfaat tertentu bagi membantu baiki sistem badan seseorang.. set ini SANGAT DICADANGKAN untuk anda.. 

INFO SET FAMILY WELLNESS:
ESP--> untuk 2 bulan
VITALEA-->untuk 4 bulan
VITA-C-->untuk 6 bulan
B-COMPLEX-->untuk 4 bulan
NOTE: Tempoh pengambilan untuk SEORANG.

untuk keterangan lanjut, boleh terus hubungi saya di:
call/sms/wassap: 012-6674640 (zue)



AKU DAN SHAKLEE..

Assalamualaikum kome...

Lama benor tak ngupdate blog.. saya ni tak brape rajin mengarang cerita. tapi nampak gayanye lepas ni kena rajin2 jugaklah..hehe.. ape ceritanya tentang aku dan shaklee ni?
Bermula 'jatuh hati' ku dengan shaklee pada tahun september 2012. masa tu nak cari suplimen untuk masalah gout suami yang kerap jugakla kena attack. masa tu baru2 jugakla nak glamer shaklee ni.. jumpala mak shaklee saya skang ni, ayu.. muda lagi dah jadi mak i..haha.. tanya punya tanya, saya amik alfalfa dan vita-c sebagai permulaan. lepas je amik alfalfa n vita-c ni, best sangatla rasa.. utk saya, keputihan totally kering! wahhh..memang seronok sangat! then suami pulak dah berkenan dengan vita-c sebab kulit rasa sihat dia kata..hehe.. jadi bermulah kisah 'aku dan shaklee'..
Oktober 2012...sahla saya menjadi pengedar shaklee. dan bermulah perjalanan untuk berkongsi manfaat suplimen shaklee dengan lebih ramai orang lagi.. Alhamdulillah.. dah lebih setahun sebagai SID dan dah bergelar Senior Supervisor. Perjalananku masih jauh. tetapi niatku masih sama, untuk membantu memberi kesihatan lebih baik kepada semua orang disamping membantu lebih ramai menjana pendapatan dan mengubah kehidupan mereka..InsyaaAllah..

Jika anda juga mempunyai niat yg sama, jangan segan utk bersama dengan group shaklee saya.. :)
boleh hubungi saya...call/sms/wassap:012-6674640.. My name is Zue..

REMINDER: Mac 2014 adalah promosi ESP-Buy 6 Free 1.. ^_^