Saturday 15 March 2014

SEKADAR PERKONGSIAN

Assalamulaikum....
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Malam ni rasa macam nak berkongsi CERITA SAYA DAN PAKAIAN SAYA. Semoga bermanfaat... :)

Dulu...sebelum kahwin, terus terang sy kata bahawa dressing tak menepati syariat pun. Bertudung, tapi bila keluar pakaian seluar jeans ketat dan baju pun ikut shape dan kadang2 pakai baju lengan pendek je.. Lepas kahwin, mula ubah sket. baju lengan panjang tapi pendek pulak bajunya. dan kalo pakai baju panjang, ukuran ikut badan pulak! Astaghfirullah...kalo ingat semula memang rasa banyak betul dosa hanya pada aurat sahaja.. then, masa dah kawen dulu, takde bertudung pun depan abg2 ipar.. yela, org dulu-dulu kan kira kalo dah jadi sebahagian keluarga tu, kira takyah nak pakai tudung la..huhu.. Masa dulu, bila dressing rasa macm dah tutup aurat. tapi hakikatnya banyak yg tak betul.. baju masih menampakkan bentuk badan.. (ikut shape la tu..). Yelah, bila dah beranak 2-3 pun badan nampak slim, rasa bestla dressing mcm tu!

Sampaila 2 thn lepas, bila saya berminat nak jadi ejen kakak saya jual baju muslimah.... masa tu dah terniat dalam hati nak cuba pakai baju muslimah la.. sebab bajunya bermacam2 design.. cantik sangat saya rasa! Then bila dah mula jadi ejen tu, saya cubalah order selai-dua untuk cuba sendiri. kononnya sebagai promoter la..hehe. dan saya masih ingat baju 1st sy beli tu masih elok lagi utk dipakai sampai sekarang!

Pada hari pertama saya pakai baju muslimah tu, saya tak boleh lupa kata2 suami pada saya:
"Haaaa.... macam ni baru cantikkkk...". dan pada waktu tu lah saya terus jatuh hati nak bertekad untuk kekal dengan imej berbaju muslimah.. Alahmdulillah. Ini adalah titik permulaan saya.. Sedikit demi sedikit saya cuba memperbaiki aurat saya.. dari berbaju muslimah, saya mula latih diri untuk berstokin, memakai tudung yang menutup dada dan kemudiannya memakai sarung lengan...
Syukur...syukur kerana Allah membuka peluang ini untuk saya. 

Daripada rasa macam skema sebab berbaju muslimah, saya jadi rasa anggun, sopan dan ayu setiap kali berbaju muslimah.. 
Daripada rimas dan kekok bila berstokin dan bersarung lengan, sehingga saya rasa kekok dan rasa tak selesa bila tidak berstokin dan bersarung lengan..
Daripada segan bertudung labuh, sehingga rasa sopan dan selesa bila tudung menutup dada..

Ini bukan saya nak menunjukkan betapa bagusnya saya kerana telah berubah.. masih banyakkk lagi diri ini yg perlu diperbaiki..tapi saya hanya nak berkongsi cerita bahawa, permulaan niat saya pun bukan kerana saya nak cover aurat dengan sempurna. saya hanya cuba kerana nampak macam cantik. dan dari saja2 nak cuba tu tak sangka rupanya memang selesa dan lebih seronok dengan berpakaian muslimah seperti sekarang.. :)

Jadi, rakan-rakan muslimah sekalian...janganlah TAKUT untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik kerana setiap kebaikan yg kita lakukan pasti akan mendapat keberkatan daripada Allah swt.. InsyaaAllah.

Masih boleh berfesyen kan walau berbaju muslimah?

No comments:

Post a Comment