Sunday 23 March 2014

AKU DAN MAK SHAKLEE KU

Assalamualaikum...
Terima kasih kepada anda yang sudi jengok blog saya dan membaca setiap coretan saya di sini..
Hari ni nak cerita KISAH SEMALAM yang bakal menjadi ingatan yang amat bermakna buat diri saya.

Semalam adalah saat pertemuan saya dengan mak a.k.a upline saya dalam biz Shaklee.. Kami panggil dia Ayu. Muda lagi orangnye.. comel.. dan sangatlah mesranya... Mula-mula jumpa je dah hungging2 sambil dia cakap: "rindunyaaaaa dengan akak...". Padahal tak pernah berjumpa pun lagi kita orang ni. Hehehehe.. Klakar habis rasanya. tapi memang sungguh, perasaan masa hungging tu rasa macam dah lama kenal dan dah lama tak berjumpa.. itulah betapa KUAT nya ikatan antara kami ibu & anak dalam biz Shaklee ni.. Saya cakap bukan hanya untuk saya dan ayu je, tapi saya yakin semua ibu&anak Shaklee dalam susur galur kami pun merasai KEISTIMEWAAN relationship yang pada awal hanya terjalin melalui alam maya... Walau lebih setahun hanya kenal dan berhubungan melalui alam maya, tetapi silaturrahim yang kami jalinkan adalah yang sangat ikhlas.. sehinggakan bila bertemu dalam alam realiti, perasaan selesa, mesra, caring dan rasa kasih sayang tu automatik terkeluar walau itu pertemuan pertama.. :)

Walaupun sekejap je dapat jumpa dan tak leh nak sembang lama2 kerana ini adalah pertemuan yg 'tak rasmi' kan.. tapi bagi saya, ianya amat bermakna.. cukuplah dapat luahkan rasa kasih sayang tu dengan pelukan, semyuman dan gelak tawa. Banyak kali peluk2 ayu masa nak balik tu, rasa tak nak lepas je..hihihi.. macam orang bercinta plak rasa..hahaha.. tapi memang itulah cinta. CINTA seorang ibu pada anaknya.. ^_^

Kenapa saya tak rasa ayu seperti upline pun masa jumpa?
Sebab, kami jumpa hanya sembang2 tentang diri, keluarga dan cerita2 biasa yang TIADA KAITAN langsung dengan biz Shaklee... best kan? Walaupun kami dalam satu biz, tapi hubungan kami TAK TERIKAT langsung hanya kerana biz Shaklee. Sebab ayu hanya upline merangkap mak saya dlm biz ni. dia BUKAN MAJIKAN saya. that's why kami tak perlu nak cerita pasal biz je setiap kali berjumpa. lagi-lagi ni adalah pertemuan yg 'tiada temujanji'.. Melainkan lah saya book ayu utk 'meeting rasmi' kan.. yg tu opkos la kena lebih fokus pada urusan biz berbanding sembang2 kosong..! hehehe..

Alhamdulillah... syukur kerana Allah permudahkan kami utk bertemu. kebetulan saya ada kenduri rumah kawan suami yang lokasinya dekat2 kenduri yang ayu pergi. dan mujur jugak suami saya pulak keje kat area Manjung tu jugak. so area tu dalam poket dia je kot..hahaha.. Ayu pun siap pelik cane kami boleh jumpa tempat kenduri pakcik dia tu sedang dorg nak cari punya susah..hehe..

InsyaaAllah, bila ada pertemuan pertama pasti akan ada pertemuan seterusnya. semoga silaturrahim kami sentiasa akan terjalin sehingga ke akhir hayat..
Buat susur galur Shaklee dibawahku, terus terang saya katakan sangat RUGI jika anda tidak ambil peluang untuk GET CLOSER dengan mak masing-masing. we are like FAMILIES. susah senang kita cuba hadapi bersama.. tiada mak yang akan biarkan anak dia susah sorang2 kan? tiada mak yang akan biar anak dia sedih sorang2..dan tiada mak yang tidak mendoakan anak dia... Binalah hubungan dengan mak masing2.. jangan rasa TAKUT atau SEGAN dengan mak sendiri. ceritalah apa pun masalah anda, bukan hanya terhad utk biz Shaklee je tau. sebab group kita memang menekankan hubungan yang lebih dari hanya sekadar BIZ..

Mak saya dah jumpa...
Semoga lepas ni saya akan dipertemukan dengan setiap anak-anak Shaklee saya pulak.. Amiiinnnn.

ME n MY MOMMY-Ayu
Tengah tu anak i..Amanda..hihi

No comments:

Post a Comment