Thursday 20 November 2014

KEKAL SLIM WALAU TAK JAGA MAKAN? : Jangan Berlagak sangat..!

Bismillahirrahmanirrahim...

SENTAP dengan tajuk entri saya kali ni?
Rileks aaa... Tajuk tu untuk diri i sendiri hokeh! hahaha....

Yess.. itulah hakikatnya. Orang dok kata badan saya menten je even anak dah 3 orang, kawin dah 10 tahun... 
(padahal en somi je yg tahu badan i menten ke tak..kikiki)

Tapi, korang ingat badan menten ni susah dapat penyakit ke?
SILAP BESAR laaaa...
Actually, saya lebih jeles dengan en somi yang badan 'gagah' dengan berat 100+kg tu. Sebab every medical check up dia sume normal! Jantung, paru-paru, gula, tekanan darah.. even doktor pun pelik jugak dengan berat obesiti tu boleh kekal sihat. Tu hasil dia menyahut seruan kerajaan 'berjalan 10 ribu langkah sehari'.. Hari2 die kena jalan dekat port tu.. hahaha. (untung orang keje pelabuhan).

Macam mana dengan saya?
SURI RUMAH je pun.. 
Tapi ramai gak yang kata jadi suri rumah lagi sihat. 24jam wat keje umah.. Sebab tu masa zaman opah kita dulu2 deme sihat jer.. Padahal suri rumah je pun.
Cesss... Jangan di samakan suri rumah jaman sekarang dengan dulu...!
Ade korang berus kain baju (anak kurang-kurang 7orang) guna tangan? Pastu bilas berkali-kali dan 'spin' sendiri guna kederat tangan. Ade..? Ade..?

Hahaha...Skang ni basuh kain guna jari je kot! 
Jadi, tang mana nak eksesais nye tuh? ngeh3...
Ape lagi jaman opah2 dulu wat sendiri?
Kukur nyor.. Cari kayu api nak masak guna dapur arang.. Dah habis masak nak kena sental periuk yang legam tu plak. Huh.. memang takleh lawan la mak2 jaman dulu dengan kita skang weh... Jauh bebenor...!

Ok.. ni baru nak cerite kisah disebalik keluornye entri ni.
Actually, dah berlaku seminggu lepas. Tapi, malam tadi jadi lagi dan rasa macam membimbangkan pulak!
Malam tadi, tetiba rasa macam sakit/senak susah nak describe, tapi macam ade angin dari depan sampai belakang badan. Rasa macam dada sebelah kanan. Memang tak selesa. Rasa nak sendawa, then lepas sendawa dia rasa lagi dan lagi.. nak tido pun tak bleh. Dalam kepala dah fikir "Ni tanda nak sakit jantung ke pun..?". Memang tak boleh nak tido dah dengan keadaan macam ni. So, bangun terus google 'TANDA AWAL SAKIT JANTUNG'. Dan banyakla yang keluar... Tapi yang ni saya rasa paling mudah difahami;


Walaupun saya tengok simptom yang ada pada saya ni kurang tepat, tapi saya tetap anggap ini satu petanda tak baik. Ni petanda saya tidak boleh lagi sambil lewa terutama tentang SENANAM iaitu perkara yang saya tinggalkan sebab beranggapan saya seorang surirumah yang bersenam bila melakukan kerja rumah.. NO NO NO... Tidak boleh lagi berfikiran begitu!

Alhamdulillah, bangun pagi ni dah hilang rasa 'angin' dalam badan tu dan aktiviti pertama pagi ni lepas anak-anak dah ke sekolah adalah:

BERBASIKAL 10 PUSINGAN KELILING RUMAH..
(saya dok kampung hokeh.. so, keliling rumah tu agak besar la.. heheh)

Habis berbasikal, gi sapu laman rumah pulak.
Habis menyapu, gi cangkul rumput pulak.
Habis mencangkul, sambung kerja harian.. sidai kain, kemas rumah..
Alhamdulillah.. rasa lebih sihat pulak.. hehehe.
Patutlah dulu, arwah opah walau umur dah 90thn, rajin bersih2 kan laman rumah dia. Bila suh rehat.. katanya: " kalo opah duduk saje lagi rasa tak sehat..".
Betul tu opah..! (rindu arwah opah.. huhu)
Harap-harap boleh menten senaman setiap hari.. InsyaaAllah.

Kat sini jugak saya nak kongsi cane nak kira DENYUT NADI yang normal untuk kita. Kebiasaannya, denyut nadi NORMAL bila kita sedang berehat adalah:

60-80 kali perminit >> DEWASA
80-100 kali perminit >> KANAK-KANAK
100-140 kali perminit >>BAYI

Tetapi, untuk mengetahui kadar denyut nadi maksima kita boleh kira macam ni:

Nadi (max)=80% x (220-umur)

Jadi Nadi maxima saya adalah:

80% x (220-32)= 150kali/minit.

Oleh itu, lepas ni boleh la selalu pantau kadar nadi korang ye..
Jika denyut nya kurang/lebih cepat/ tak teratur bermakna mungkin ada gangguan jantung pada diri kita. Boleh la buat check up kat hospital ok?

So, saya tutup entri kali ni dengan ucapan:
'SAYANGI JANTUNG KITA'

NOTE: Sila minum 500ml air masak sebelum memulakan senaman supaya proses pengeluran peluh jadi lebih lancar! :)

Monday 17 November 2014

BUKAN CINTA BIASA

Bismillahirrahmanirrahim....

4 tahun bergaduh-kawan-bergaduh-kawan semasa sekolah rendah.
...
9 tahun 'lost contact' selepas sekolah rendah.
...
3 bulan bercinta
...
3 bulan bertunang
...
Alhamdulillah....
hari ni genap 10 tahun bernikah.

BAHAGIA?
Inilah kebahagiaan kami berdua..


Ya Allah... 
Kau kukuhkanlah ikatan cinta kami berdua.
Kau berkatilah cinta kami berdua.
Kau murahkanlah rezki keluarga kami. 
Kau jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah. 
Kau jadikanlah anak-anak kami anak yang akan menghantar kami ke syurga.
Kau jadikanlah kami ibu bapa yang penyayang.
Kau jadikanlah kami ibu bapa yang penyabar.
Kau jadikanlah keluarga kami, keluarga yang teguh imannya dan sentiasa ingat padaMu...
Amin.. Ya Rabbal a'laminn..


Sunday 9 November 2014

OMEGA-3 dan DOT DOT DOT....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Entri kali ni nak beri sedikit INFORMASI tentang kebaikan Omega-3 bagi kesihatan tubuh badan kita...

Jom tengok dulu beberapa sumber yang boleh beri badan kita asid lemak OMEGA-3 ni.




Apakah kebaikan Omega 3 ini?
Omega 3 dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan simptom kemurungan, sakit sendi dan juga mengurangkan risiko penyakit kanser.

Bagaimana Omega 3 dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut?
Omega 3 dipercayai dapat menghalang penyakit-penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan. Omega 3 juga dipercayai mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal (abnormal heart rhythm), mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung).

Omega 3 dan Triglycerides (TG)
Omega 3 boleh mengurangkan kadar TG dalam darah (TG adalah sejenis lemak yang tidak baik dalam darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung). Walau bagaimanapun, Omega 3 juga boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan iaitu kedua-dua lemak baik (HDL) dan lemak jahat (LDL). Oleh itu bagi pesakit yang mempunyai kadar TG yang tinggi dalam badan hendaklah mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil Omega 3. Namun secara umumnya pengambilan ikan yang mempunyai kadar Omega 3 yang tinggi adalah selamat.

Omega 3 dan Stroke
Omega 3 menghalang pembinaan plak dalam salur darah ke otak yang boleh menghalang ischemic stroke (strok yang terjadi akibat saluran darah ke otak tersumbat). Omega 3 juga mempunyai kesan menghalang pembekuan darah. Oleh itu pada dos yang tinggi, supplement Omega 3 dipercayai boleh menyebabkan hemorrhagic stroke (strok yang terjadi akibat pendarahan dalam otak).

Omega 3 dan Rheumatoid Arthritis
Omega 3 boleh mengurangkan sakit sendi dan kekerasan sendi (joint stiffness) pada pesakit rheumatoid arthritis.

Omega 3 dan dementia
Omega 3 dipercayai mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s.

Omega 3 dan kanak-kanak
Berhati-hati dengan promosi iklan susu tepung kanak-kanak yang mendakwa Omega 3 adalah ”brain-boosting” power untuk kanak-kanak. American Academy of Pediatrics mengesyorkan kanak-kanak makan lebih banyak ikan bagi mendapatkan khasiat Omega 3 berbanding pengambilan supplement.

Omega 3 dan wanita mengandung

Satu kajian yang telah dijalankan oleh John Colombo, PhD mendapati bayi yang lahir daripada ibu yang mengambil kadar Omega 3 dan DHA yang mencukupi semasa mengandung didapati mempunyai daya tumpuan yang lebih semasa dua tahun awal mereka berbanding dengan bayi yang lahir daripada ibu yang kurang kadar Omega 3 dan DHA.

Berapa banyak Omega 3 dan DHA yang diperlukan oleh wanita mengandung?
Kajian Levine menyarankan keperluan DHA sebanyak 250mg semasa mengandung

DHA dan susu ibu
DHA secara semulajadi terkandung di dalam susu ibu yang mana amat bagus untuk kecerdasan otak bayi yang sedang membesar....alhamdulillah, anugerah Allah untuk ibu dan anak-anak kita.

Bahaya ikan yang dicemari
Salah satu perhatian yang perlu diberi perhatian semasa pengambilan ikan adalah pencemaran ikan oleh merkuri akibat laut yang tercemar. Kehadiran merkuri di dalam ikan adalah berbahaya bagi wanita mengandung, wanita menyusukan anak dan kanak-kanak. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga elakkan memakan ikan pemangsa seperti shark, sworkfish, king mackerel dan buang kulit, lemak-lemak ikan sebelum memakan ikan.


Kesimpulan

Terdapat banyak kebaikan yang boleh didapati dengan pengambilan Omega 3 terutamanya bagi mengelakkan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan strok. Bahkan ianya amat bagus untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar untuk kecerdasan otak dan daya tumpuan yang tinggi. Namun, badan kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dengan sendiri. Sumber terbaik bagi mendapatkan Omega 3 adalah daripada ikan. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang menggalakkan kita umat Islam memakan ikan dan mengurangkan pengambiln daging sekali seminggu sahaja. Dan bagi bayi pula sumber yang terbaik semestinya daripada susu ibu, anugerah daripada Allah Taala. Oleh itu, langkah terbaik sebagai seorang ibubapa, kita pastikan diet keluarga kita lebih kerapkan pengambilan ikan dalam masa seminggu sebagai sumber protein berbanding ayam atau daging. dan bagi bakal-bakal ibu pastikan anda menyusu anak-anak anda.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca perkongsian disini..!

RAHSIA AWET MUDA: KETAWA

Assalamualaikum..
Pagi ni nak santai-santai sket.
Semalam dok tengok make up transformation ni, dok tebahak-bahak, pecah perut nengoknye.. Ade banyak lagi. korang bleh google je...
Yang ni ade beberapa saya kongsikan sini.. yang saya rasa betul-betul klakar...

Moh kite guling-guling..!














Wahahahaaa....
Cane? Ada rasa macam awet muda sket tak lepas dah gelak, pastu guling-guling plak.. dah berapa banyak senaman tuh! hihihi...

Mode: Release tension

Thursday 6 November 2014

NIKMAT yang tak mampu ditolak!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah... berkesempatan untuk mencoretkan satu lagi kisah yang nak dikongsi bersama pembaca setia blog saya ni.. Terima kasih kerana sudi jelajah ke blog yang 'biasa-biasa je' ni. hihi.. ^^


Pada yang dah ikuti post2 saya dari awal mungkin tahu yang saya dah pun mempunyai 3 cahaya mata, amanat daripada Allah swt.. Alhamdulillah. Dan insyaaAllah, 3 orang ini saja lah zuriat yang akan hantar saya dan suami ke syurga.. Aminnn.


Apa NIKMAT yang saya nak kongsikan disini?

Nikmat yang WAJIB ibu2 diluar saya merasai nya... MENYUSUKAN ANAK..

Kisah bermula pada tahun 2005 bila saya disahkan hamil anak pertama selepas 6bulan menjadi seorang isteri.. gembira tak terkira rasanya walaupun masa tu baru berumur 23thn. hihi.. Jadi, dijangka melahirkan zuriat pertama pada pertengahan Januari 2006. Tapi perancangan Allah menetapkan kami menjadi ibubapa pada awal Januari, 2 minggu awal daripada jangkaan.. Alhamdulillah, anak pertama lahir pada hari Jumaat yang penuh barakah, ketika solat Jumaat. Walaupun lahir melalui ceaserean, tapi bersyukur kerana semua selamat.. 


Susah tak nak menyusukan anak pada pertama kali?


Walaupun pada mulanya rasa kekok, tapi pertama kali menyusukan Adam adalah saat yang sangat indah.. Rezeki susu untuk Adam sangat mencurah2. Kalo nak tau, susu badan saya dah mula keluar pada sehari sebelum saya melahirkan Adam. Misi pun terkejut sebab baju saya basah kerana susu dah mula keluar.. Tapi, masa 2-3 hari kat wad tu saya jarang dapat menyusukan Adam sebab dia tidur je. Macam dia rasa masih dalam perut lagi je.. (sebab paksa keluar awal kan...hehe). Rupanya tak boleh mcm tu. Misi pun tegur cakap kena kejut jgk anak utk menyusu setiap 2jam. Saya dah buat, tapi Adam masih tak bangun gak! huhu... Then Misi tu jentik2 tapak kaki Adam sampai nangis2 dan suruh saya susukan. Ada la dalam beberapa minit, Adam tido semula..hahaha. Samalah seterusnya sepanjang seminggu tu.. Masa tu pun saya bukan tahu sangat perihal menyusukan secara ekslusif ni. Yang saya tahu, saya perlu menyusukan anak sebagai melengkapkan diri menjadi seorang ibu.. :)


Apakan daya, selepas 2 minggu saya diduga dengan bengkak susu yang teramat sakittttt.....!!! Sampai saya demam hingga suhu cecah 40deg. Masa tu, nak menyusukan Adam pun sangat seksa sebab nipple melecur kerana Adam dah mula kuat menyusu sedangkan susu saya tak keluar sebab beku.. Allahuakhbar.. Hanya Allah yang tahu.. Jadi, masa makcik urut tu mengurut, saya bagitau pasal bengkak susu ni. Dia pun bagitau boleh nak hilangkan tapi nanti susu badan dah takleh keluar banyak. Means, makcik tu urut kasik pengeluaran susu perlahan supaya breast tak bengkak dah. Memang sungguhlah.. Hilang je bengkak susu tu, susu badan pun sangat kurang. sampaikan Adam dah tak nak menyusu lagi. 


Jadi, bermulalah episod kami mencari susu formula yg sesuai utk Adam. Ini bukan satu perkara yang mudah.. Beberapa jenis dah cuba. Ada yg buat Adam muntah2, tak kencing, tak berak, yang buat dia cirit birit pun ade...huhuhuu.. Akhirnya, yang terakhir serasi dgn Adam susu lactogen. Walaupun serasi, tapi setiap hari saya kena pastikan dia berak, kencing normal atau tak sehingga dia setahun! Fuhhh... bukan mudah. Lagi pulak masa tu saya masih belajar. hantar Adam ke pengasuh, so kena pastikan jugak dgn pengasuh.. Yang paling takleh lupa, setiap kali nak keluar jalan. WAJIB ada bakul dia untuk letak termos,botol,susu,air masak,nestum(after 6mo). Kemana pegi dok bawakla skali dalam kete. Then kena pulak Adam kuat menyusu. so, keraplah gi bancuh susu bila berjalan-jalan.. hehehe. 

Itu kisah Adam....

Lepas setahun umur Adam, saya disahkan hamil lagi...produktif sungguh even ceaser...hahha.. kena marah ngan misi?? Selamba je la.. siapa kita nak pertikaikan rezeki Allah kan?

Tapi, untuk anak kedua ni tekad saya untuk cuba bersalin normal. Mengandungkan Dewi takde masalah sangat. Just berat bawak perut je. Tapi berat2 pun, berjaya gaklah saya mendaki ladang teh boh kat cameron highland tu masa kandungan 8bulan.. hahah. sampai sekarang saya rasa betapa gilanya saya masa tu.. Bila dah sampai atas tu baru tersedar dan terpikir "ni mau terberanak aku besok"... hehehe. 

Cukup 40weeks 3days, saya pun turun air. terus gi hospital dan doktor check, belum ada bukaan. tapi still admit sbb history saya dulu ceaser. Pengalaman bersalinkan Dewi saya dah penah cerita dulu dan itulah yang paling sakit. Sama macam masa nak bersalin Adam dulu. Sehari sebelum bersalin, susu badan saya dah keluar mencurah2. Alhamdulillah... Mulanya saya risau jugak susu tak keluar untuk anak yang ni sebab dulu dah urut kan.. Tapi rezeki Allah bagi sangat banyak. Pertama kali jugak misi pegang Dewi dan bagi dia hisap susu pertamanya dlm OT tu, masa doktor lain sedang jahit semula perut saya..hehe. Masa Adam tu takde pun.. huhu.


Berpantangkan Dewi ni sangat mencabar...menyusukan dia takde masalah. Bengkak susu pun takde..Syukur.. walau risau gak kena kali kedua kan. Tapi yg mencabarnya bila Dewi ni meragam masa pantang. Dia ni pantang letak.. uwekkkk je la..hihihi. Sampaikan saya tak cukup rehat. tidur pun duduk je sebab kena pangku dia. Dewi plak lahir 3.5kg.. berat kot nak pangku. Lagi pulak ceaser..huwaaaaa.. Last option, saya paksa jugak suami carikan buaian! Lantakla orang dok kata nanti takut susah nak bawak anak jenjalan.. nak tido je kena buai.. Alhamdulillah, anak2 saya yang tido buai takde masalah nak tido kat mana pun.. janji ada nenen mama...hahaha..


Dan inilah NIKMAT yang tak mampu saya tolak... pengalaman saya dengan Adam yang minum susu formula dan Dewi yang fully BF, Subhanallah....terlalu jauh bezanya.. Menyusukan Dewi adalah perkara yang paling hebat sekali saya rasakan. 

Takde masalah tak cukup tido sebab nak bancuh susu...(nangis je sua nenen sambil baring je...hihi)
Takde masalah nak bawak bakul penuh barang2 buat susu..(cari tempat menyusukan je..)
Takde masalah tak kencing/tak berak/cirit/muntah..(sebab misi cakap kalo anak susu badan, tak berak hari2 pun takde mslh)
Takde masalah nak cari susu yang serasi..
Pendek kata.... sangat sangat senang..!!!
Syukur Alhamdulillah...rezeki susu untuk Dewi mencurah dan saya sempat susukan Dewi sampai 2 tahun, sehinggalah muncul lagi seorang dalam rahim ni..

Anak ketiga?

Selepas Dewi, Amanda pun masih takde masalah dengan susu badan saya. Cuma sempat menyusukan Amanda sampai 8bulan je. Lepas saya masuk keje kontrak, dah kurang menyusukan dia dan pam susu pun tak berapa efektif dan akhirnya Amanda taknak menyusu badan dah.. Walau begitu, saya sangat bersyukur sebab Allah beri saya rasa perbezaan NIKMAT menyusukan anak sepenuhnya berbanding dengan beri anak susu formula..

So... mommies out there.. Tiada ALASAN untuk korang tidak menyusukan anak sepenuhnya.. Lagilah sekarang ni macam2 info penyusuan korang boleh dapat melalui perkongsian di internet.. Jika korang rasai sendiri, baru korang tahu bahawa inilah NIKMAT yang tak mamppu ditolak..!

Percayalah...

Sekian sembang2 kita petang ni... Ada lagi nanti saya kongsi ye..! :)

Mode: Rindu sangat nak menyusukan anak..


Picture by Google

Wednesday 5 November 2014

MEMASAK: Sebelum@Selepas KAHWIN?

Korang cane?
Memang awal-awal lagi mak dah ajak dok dapur dan masak sekali ke?

saya anak bongsu. beza dgn kakak sulung pun 18 tahun. so, memang bab2 masak ni yang terer yong la. Arwah mak saya dulu memang takde ajar dok dapur masak sekali pun. lagi pulak dok asrama dari form 1-5. habis sekolah dok kat U pulak... ceritanya, memang takde alasan nak dok dapur la... hahah

Tapi ape berlaku bila nak kahwin? Adakah saya dah prepare hal masak2 ni sebelum kahwin? Memang tak laaa.... hahaha. Saya kawin umur pun baru 22tahun. Tapi semua tu bukanlah halangan untuk saya berkahwin. Kalo dah jodoh, tak awal tak pulak lambat.. Allah dah aturkan segalanya kan?

walaupun saya takde belajar memasak ni, tapi masa awal kawin tu saya cuba jugak masak untuk enchik suami tau! Sedap ke tak??
Ntahla. yang pastinya dia makan elok je.. (kot nak jaga hati tak tau la...hihi).

Tapi sekarang?
Alhamdulillah... masakan sayalah yang dinanti-nanti oleh si dia. ceeeewahh!
Macam mana boleh jadi 'expert' masak pulak saya skang? (perasan jap)..
Alasan utama adalah saya dan suami sangat suka makan.. So, bila suami suka makan ni, secara automatik jadi suka memasak. Kalo pegi makan kat mana2, bila rasa tu sedap saya akan cuba cari cane nak masak benda tu.. hihi.
Sekarang ni dah ade 3 orang anak 4,7&8 tahun dan dorg pun suka makan jugak! haha... Jadi, tugas memasak tu jadi lebih penting dan bermakna..walaupun kadang2 malas jugak nak masak..

So, tak perlu risau sangat reti ke tak reti masak bila nak kawen..insyaaAllah, lepas kawen akan beransur2 datang skill memasak tu.. tapi kalo bersungguh dan ikhlas la. kalo ikutkan malas dan nak senang tu, memang family hari2 makan air tangan org kedai la...hahahah!

Oke... tu je nak sembang ngan korang..
Mode: teringat kisah silam masa tengah masak2 tadi.. :)