Wednesday 11 June 2014

PETUA: Putihkan GIGI

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Pagi tadi terbaca perkongsian kak Bib tentang petua nak putihkan secara semulajadi. Macam menarik dan mudah je nak buat. Jadi, saya kongsikan di blog untuk anda yang suka menerjah ke blog saya nih.. Saya pun blom cuba lagi but will try it soon! InsyaaAllah...hihihi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gigi merupakan aset penting dan jika gigi anda kekuningan pastinya akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai. 

Jika anda merupakan salah seorang yang mempunyai masalah ini, jangan gusar kerana kami ada beberapa petua yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah gigi yang kekuningan ini. 

Colekkan sedikit kapur sirih di k
apas. Gosok perlahan-lahan di celah gigi yang kuning. Pastikan anda mengamalkannya.

Petua kedua, anda boleh lakukan adalah dengan membakar sehingga hangus sebiji pinang kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Kumur bersih.

Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng tanpa minyak sedikit biji asam jawa kemudian tumbuk halus dan ambil debunya. Gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya.

Manakala cara yang paling popular pastinya dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga putih.

Kemudian, gunakan ubat gigi.


Selamat mencuba! ^_^



No comments:

Post a Comment