Wednesday, 18 June 2014

KALSIUM: Saya NGERI... Anda???

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

KALSIUM... Saya tak tahu orang lain, tetapi saya tak pernah kisah pasal kalsium ni DULU... Yela, badan rasa kuat je kan masa bujang2 dulu. Minum susu memang tak la masa dulu. Sampailah dah kawin pun tak heran nak amalkan minum susu ke ape.. Suplimen kalsium? Tak pernah tahu pun kewujudannya...hahaha.

Kemudian, pregnant anak pertama... normal la kan, amik Anmum tapi yang coklat. Tapi masa tu saya tak tahu pun amik susu tu penting untuk bekalan kalsium! Yang saya tahu, minum susu masa pregnant tu sebab nak bagi khasiat untuk baby dalam perut..hihihi.. (jahil sungguh ku rasa...). Selepas melahirkan anak sulung tu, minum la pulak susu untuk susu badan, tapi setin je pun. sebab saya tak dapat susukan anak untuk tempoh yang lama. Lepas tu? No more milk everyday..

Setahun lepas tu, pregnant 2nd baby, lagi lah teruk... Susu Anmum macam biasalah, mesti beli bila dah sah pregnant but.. minum beberapa kali je, nak habiskan setin kecik tu.. makan masa berbulan.. then lepas tu takde beli dah susu tu.. Means, sepanjang mengandung anak kedua, saya tak ambil susu pun. Suplimen kalsium, jauh sekalilah...hehe.. Anak kedua ni saya BreastFeed sepenuhnya, memang seronok! sampai umur dia 2 tahun then saya hamil yang ke-3. Third time pregnant ni pun kes sama jugak.. takde minum susu langsung dan tiada suplimen kalsium.. (teruk betul saya masa tu..huhu). Dan anak ketiga ni saya BF selama 8 bulan je.. Ni lah sejarah saya dan kalsium yang sangat RENGGANG..

Rupa-rupanya, saya SILAP BESAR sebab taknak 'kawan rapat' dengan KALSIUM ni...
Dua tahun lepas lahirkan anak ketiga, umur pun dah masuk 30thn, mulalah berlaku satu persatu akibat tak amik kisah tentang pengambilan kalsium ni...

Bermula dengan GIGI... satu persatu gigi geraham saya pecah bila makan sesuatu yang keras.. kunyah-kunyah tiba-tiba rasa terkunyah 'batu'. keluarkan dari mulut, tengok-tengok serpihan gigi.. huwaaa... sampai sekarang gigi geraham saya memang ROSAK TERUK! (mujur gigi yg dalam je gitu.. kalo tak.. bergigi palsu la daku...huhuu). Bila dah berlaku ni, dah mula ada kesedaran tentang kalsium ni. So, saya minumlah jugak susu. Tapi, gigi pecah-pecah ni tak cukup menakutkan saya rupanya.. Sekejap je 'rajin' minum susu. then stop semula. Then, mulalah timbul tanda-tanda yang bikin saya sangat sangat NGERI..
>Sakit pinggang bila duduk dan baring 
>sakit kaki bila berdiri lama 
>Sakit tangan bila mengurut
>sakit2 badan setiap kali bangun tidur 
>Badan bongkok bila berdiri atau duduk 
>Ukuran tinggi semakin menurun 

Ni lah antaranya.. bila baca mungkin anda rasa biasa-biasa je, tapi kalo anda rasa apa yang saya rasa ni mesti rasa nak telan kalsium banyak-banyak..hehehe..

Dikukuhkan lagi dengan bacaan-bacaan saya tentang masalah OSTEOPOROSIS yang sebenarnya BOLEH MEMBAWA MAUT... Lagi bertambahlah kesedaran saya.. Macam mana boleh bawa maut tu?
Kerana bila tulang kita jadi terlalu rapuh, sedikit kemalangan yang melibatkan hentakan (jatuh, berlanggar dll) akan mengakibatkan tulang kita PATAH REMUK.. walaupun hentakan tu tak kuat sangat pun masih boleh mematahkan tulang akibat kerapuhan tu.. Jadi, bayangkan jika dah patah remuk.. tangan,kaki,belakang,leher dan kebanyakan badan kita yang disokong oleh tulang ni habis patah... tak ke boleh membawa maut tu??? Tak menakutkan ke? huhhuu..

Selepas mula nampak tanda yang sangat memberi kesan kepada saya, disinilah bermulanya 'kisah cinta' saya dengan produk Shaklee... Saya mula mencari produk suplimen Kalsium untuk tambahkan ketumpatan tulang saya ni. Dan saya ditemukan oleh Allah swt dengan OSTEMATRIX.. Suplimen kalsium daripada Shaklee. Yang saya dah rasai keberkesanannya. Sangat memudahkan saya kerana hanya perlu telan 4biji sahaja sebelum tidur malam. Kali pertama cuba, terasa tidur malam yang sangat lena..ibarat baby yang kekenyangan minum susu ibu dan tidur lena sepanjang malam! hehe.. Dan yang paling menakjubkan tu, walau tidur tu lena macam tak boleh bangun dah, tetapi sebaliknya bila tejaga subuh tu, mata terus rasa segar dan badan rasa cergas je.. takde rasa sakit sengal-sengal sampai malas nak bangun.. NO MORE..! Fuhhh... memang confirm ku jatuh hati.. ^_^
Alhamdulillah.. dah lebih setahun consume dengan OSTEMATRIX. Inilah pilihan TERBAIK saya... Dan kerana masalah ni jugaklah, saya dapat sedikit pengetahuan tentang BAHAYA KEKURANGAN KALSIUM ni. Sebab tu saya kongsikan cerita saya dengan WANITA diluar sana.. Semoga ramai lagi wanita diluar sana yang lebih peka berkenaan KALSIUM ni.. InsyaaAllah.. :)
------------------------------------------------------------

Dah habis cerita kisah saya tu, disini saya nak cerita KENAPA PILIH OSTEMATRIX?

Pertamanya, kerana Ostematrix adalah KALSIUM yang berbeza dengan jenama lain:
Ostematrix adalah kalsium yang isinya PALING SEIMBANG YANG MEMASTIKAN KADAR PENYERAPAN SEHINGGA 99%. Formulanya unik, dibuat dari MINERAL SEMULAJADI dan garam mineral daripada Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini PERLU DIAMBIL BERSAMA-SAMA UNTUK PENYERAPAN OLEH TUBUH DAN MENGHALANG ENDAPAN SESETENGAH MINERAL. Kajian telah membuktikan suplimen kalsium akan MENINGKATKAN KETUMPATAN TULANG WANITA YANG TELAH BERUMUR SECARA BERKESAN.

Jom kita lihat berapa keperluan kalsium anda setiap hari:


TETAPI...nak pilih suplimen kalsium pun ada caranya tau...!
Bagaimana memilih KALSIUM PREMIUM?
1. Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium.
2. Elakkan produk yang dibuat daripada tulangdan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

OSTEMATRIX?---> Semestinya Kalsium PREMIUM..! hehehe..
1 Biji Ostematrix (500mg kalsium) = segelas susu kalsium tinggi = 80biji badam



Kesimpulannya... Untuk saya, KALSIUM NI SANGAT PENTING..!
Jika anda pun rasa PENTING... CEGAH SEBELUM PARAH!

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya:
FB: Zue Akim Biz
Page: DewiAmanda Butik
sms/wassap: 0126674640

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 16 June 2014

DEWI & AMANDA : Kisah Basikal

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Dewi & Amanda... Mereka BUKAN KEMBAR tau! hehe.. Yang berbaju pink tu DEWI si kakak. Bakal berusia 7 tahun bulan Oktober nanti. Amanda pulak dah masuk 4 tahun sekarang. Memang selalu orang ingat mereka ni kembar especially kalo dua-dua pakai baju corak sama.. hihik.
Entri kali ni saya nak berkongi cerita mereka yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada kita semua. Kisah ni, saya fokuskan watak utama kepada Dewi yang banyak menunjukkan sikap positif...

Kisah bermula dua bulan lepas, pada masa tu papa berniat untuk beli basikal untuk anak-anak tetapi bukan sekaligus la.. hihi. Mula-mula basikal pilihan si abang yang dibeli dulu. Si abang memang dah pandai naik basikal besar. So, belikanlah dia dulu. Bila abang dah dapat basikal, bukan main seronok la dia main depan adik-adiknya dua orang ni. Tetapi, keseronokan abang tak dibiarkan lama-lama... Bila tengok abang bukan main seronok naik beskal, Dewi TEKAD untuk belajar jugak naik beskal tu. Padahal Dewi masa dulu, naik beskal kecik pun masih beroda 4.. (beskal yg lama ni dah hancuss...heheh). Masa tu saya rasa musyhkil jugakla bila dia nak belajar naik basikal besar terus tanpa ada roda kiri & kanan tu.. Mama ni jenis risau itu, risau ini.. jadi, tugas mengajar Dewi, memang jatuh kat papa la.. Dan.. Allahuakhbar.. Dalam masa sehari je Dewi dan mula boleh bawa basikal abangnya walau masih jatuh-jatuh..! Hebat.. memang hebat! 
Dan hari-hari berikutnya, abang terpaksalah 'berkongsi' keseronokan berbasikal tu dengan si Dewi....hahaha.. hangin je si abang sebab Dewi tak berenti nak main beskal je..kikiki..

Bulan berikutnya (bulan lepas), masa untuk beli basikal kedua pulak. Nak beli untuk Dewi atau Amanda?? Hmmm... memandangkan Dewi dah boleh naik basikal abang, maka kami (mama&papa) decided untuk beli pulak basikal yang boleh adik(Amanda) dan Dewi(kakak) sekali naik.. Maka sampailah basikal lebih kecik daripada abang dan semestinyalah beserta dengan roda kiri&kanan nye sekali kan.. sebab adik baru 4 tahun. opkos la belum lagi boleh kayuh basikal dengan dua roda je..(ini dalam fikiran mamanye..hehehe..). Tetapi, saya tak cakap basikal tu adik punya. saya bagitahu itu utk adik dan kakak main sama-sama.. Jadi, hari seterusnya seronoklah si adik dapat main beskal dah sebab selama ni dok tengok je abang dgn kakaknya main beskal.. Sedang adik dok seronok naik beskal barunya, si kakak amik peluang jugak naik beskal adik tu walau beroda 4.. hihi.. dah adik tak pandai naik beskal lagi kannn.. terima je laaa..

Lepas 2 minggu ada basikal kecik beroda 4 tu, timbul rasa 'kurang seronok' pada si kakak sebab tak boleh naik beskal tu dgn 2 roda. Rasa hati dia tu tak di diamkan je.. Jadi, dia pun luahkanlah pada papanya. Dia suruh papa buka roda kiri&kanan basikal tu. Papanya yang sentiasa yakin setuju nak buka dengan SYARAT: Kakak mesti ajar adik naik beskal dua roda sampai pandai. Dan semestinyalah Dewi akan setuju dan dia akan buat sampai jadi..! Yang mama ni terkejut jugakla mula-mula bila tengok roda kecik tu dah dicabut sebab kesian plak nanti adik takleh main. then bila papa bagitau yang Dewi kata dia nak ajar adik, saya ikutkan je la.. Sampaila satu hari tu..........
Amanda: Mama.. jom la duduk kat luar tengok kita naik basikal..
Dewi: Ha ah ma.. jom la.. adik dah pandai naik basikal sendiri dah!
Mama: ye ke?? ok.. jom. (layankan je sebenarnya)
Then, bila dah tengok depan mata..... Subhanallah... macam tak percaya..!
Dewi, mula-mula pegang basikal dan adiknya kayuh. Lepas satu pusingan saya dengar Dewi cakap "ok dik, kakak lepas ni tau.." dan dia pun lepaskan tangan sambil adik terus kayuh basikal sendirian... ! Ya Allah... saat itu adalah moment yang paling menakjubkan berbanding semasa abang dgn kakaknya mula bawak basikal dulu...hehehe.. Kalau saya tak tahu umur Amanda tu, mungkin rasa biasa je tengok dia boleh berbasikal sendiri macam tu. Tapi sebab minda saya tahu dia baru 4 tahun.. jadi macam agak kagum sekejap! hahaha... Itulah yang dinamakan KEINGINAN+KEAZAMAN+USAHA+SABAR... Amanda pandai berbasikal sendiri bukan sebab dia bersungguh-sungguh nak belajar sahaja, tetapi kerana kakaknya Dewi sangat YAKIN boleh ajar adiknya dan ada BUKTI yang dia perlu tunjuk dengan papanya.. Alhamdulillah.. Dia BERJAYA selepas BERUSAHA dengan SABAR.. :)

Itulah kisah mereka.. Kesimpulannya, dalam apa jua yang kita impikan.. kita tak boleh nak harap ianya DATANG BERGOLEK je. Pertama-tama sekali, mesti ada KEINGINAN untuk capai impian tu. Jika keinginan pun takde, maka tinggalkan kita disitu je.. Ibarat kita berada dalam sebuah bilik berpintu kaca yang kita boleh lihat betapa cantiknya diluar tuuu... tapi, takde keinginan pun nak keluar untuk tahu bagaimana lah rasa duduk kat tempat tu. So, duduk je la kita dalam bilik tu kan? Tetapi, jika kita teringin nak rasa duduk luar tu, pasti kita akan bangun, jalan dan buka pintu untuk melangkah keluar.. inilah yang dinamakan USAHA... Ada KEINGINAN, ada USAHA badan mesti akan bergerak untuk melakukan perbuatan.. betul tak? Mari sama-sama kita tanya kembali diri sendiri.. 
"Adakah aku sudah cukup selesa disini?"
"Apakah impian aku sebenarnyaa?"

Salam sayang untuk semua.. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ni. Semoga setiap perkongsian dan info di dalam blog saya ni dapat memberi manfaat kepada semua orang.. InsyaaAllah.

Wassalam.

Friday, 13 June 2014

Kenapa B COMPLEX Shaklee?

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

MITOS: Makan B Complex selera bertambah dan berat badan naik.
FAKTA: B Complex membantu menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus dapat mengurangkan keletihan/kelesuan. (boleh kuruskan badan...)

Sebenarnya, ramai yang salah faham tentang B complex ni. Jika anda faham, pasti anda tidak akan miss untuk makan B complex setiap hari..! B complex memerlukan makanan (lemak/karbo/protin) untuk ditukarkan menjadi tenaga. Oleh sebab itu, sebaiknya kalo nak makan B complex tu silalah ambil SELEPAS MAKAN. Supaya ia boleh tukarkan lemak2 kepada TENAGA.. Tapi harus diingat!!!
--> JIKA RASA LAPAR SELEPAS MAKAN B COMPLEX, SILA MINUM AIR MASAK DENGAN BANYAK BUKAN AMIL MAKANAN SEMAHU-MAHUNYA.. hehehe.

Hokeh, dah tahu kan MITOS dan FAKTA sebenar pasal B Complex ni?
Dah bersedia nak makan B Complex? Meh saya ceritakan kenapa perlu ambil B Complex Shaklee?

PERBEZAAN SHAKLEE:
Para saintis Shaklee telah MENCIPTA ASID FOLIK SECARA SEMULAJADI YANG PERTAMA DI DUNIA DENGAN KADAR PENYERAPAN YANG SANGAT TINGGI DAN BERKUALITI. Ini kerana, asid folik semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam ppasaran bersifat sintetik.
B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini PERLU ADA pada vitamin B Complex untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang seimbang. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin LARUT AIR, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah SANGAT PENTING untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

So, inilah perbezaan yang terdapat dalam B Complex Shaklee berbanding dengan jenama yang lain. Bila dah tahu, kenapa perlu pilih produk Shaklee barulah kita tengok pulak APA MANFAAT JIKA KITA AMBIL B COMPLEX NI?

MANFAAT UTAMA:
------------------
MENUKAR MAKANAN KEPADA TENAGA
>Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

MELAWAN TEKANAN
>Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

MEMBANTU TUMBESARAN
>Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

RAMBUT BERUBAN DAN GUGUR
>Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

BAIK UNTUK MATA
>mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya fokus.

MENCEGAH ANEMIA
>Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular,merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

MEREDAKAN SENGGUGUT
>Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengabil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

MENCEGAH PERICHE
>Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

DETOKSIFIKASI
>Meredakan alahan





















Ni la B COMPLEX terbaik yang saya dan ramai lagi pengguna diluar sana ambil setiap hari..!
Tapi kan, nak makan B COMPLEX ni bukan boleh main pilih je mana-mana jenis, kena ada KRITERIA jugak supaya mendapat keberkesanan yang sempurna.. :)

BAGAIMANA MEMILIH B COMPLEX YANG BAIK?
1. Mengandungi kesemua 8 vitamin: B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
4. Elakkan pengambilan B COMPLEX yang menawarkan rumusan larut air (sustain release).

REMINDER:
Selepas mengambil B COMPLEX, air kencing akan bertukar kekuningan. Ini merupakan situasi normal kerana B COMPLEX merupakan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa.

NOTE: 
B COMPLEX merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak adalah digalakkan.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya:
FB: Zue Akim Biz
Page: DewiAmanda Butik
sms/wassap: 0126674640

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 11 June 2014

PETUA: Putihkan GIGI

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Pagi tadi terbaca perkongsian kak Bib tentang petua nak putihkan secara semulajadi. Macam menarik dan mudah je nak buat. Jadi, saya kongsikan di blog untuk anda yang suka menerjah ke blog saya nih.. Saya pun blom cuba lagi but will try it soon! InsyaaAllah...hihihi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gigi merupakan aset penting dan jika gigi anda kekuningan pastinya akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai. 

Jika anda merupakan salah seorang yang mempunyai masalah ini, jangan gusar kerana kami ada beberapa petua yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah gigi yang kekuningan ini. 

Colekkan sedikit kapur sirih di k
apas. Gosok perlahan-lahan di celah gigi yang kuning. Pastikan anda mengamalkannya.

Petua kedua, anda boleh lakukan adalah dengan membakar sehingga hangus sebiji pinang kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Kumur bersih.

Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng tanpa minyak sedikit biji asam jawa kemudian tumbuk halus dan ambil debunya. Gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya.

Manakala cara yang paling popular pastinya dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga putih.

Kemudian, gunakan ubat gigi.


Selamat mencuba! ^_^



Wednesday, 4 June 2014

WAJIB TAHU: Suplimen VS Ubat

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Kak.. ade jual ubat untuk KURUS tak?"
"Kak.. ubat untuk masalah jerawat ade?"
"Ubat untuk sakit2 sendi ade tak?"

Ni lah kebiasaannya soalan-soalan daripada pengguna yang tak tahu BEZA antara UBAT dengan SUPLIEMEN.. hehe..Maaf la ye pengguna yang saya kasihi.. saya tak jual UBAT Shaklee, tapi saya jual SUPLIMEN Shaklee! :)
Mesti ada yang tertanya-tanya... same je la tuuuu.. ubat pun ade pil-pil jugak macam yang Shaklee ni.. hahaha.. Asal pil-pil dalam botol je dah digelar ubat.. Padahal, banyakkkkk bezanya antara ubat dengan suplimen ni..
Takpe...takpe.... Entri kali ni, saya nak cerita tentang perkara ni.. harap-harap ramai yang akan lebih clear lepas baca entri ni hokeh??? ^_^

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMEN
==============================


UBAT:

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh menganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar. seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


SUPLIMEN ( Vitamin ):

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain faktor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.


RINGKASANNYA...

>>Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Suplimen boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplemen...

>>Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Suplimen tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....


Jadi, memang betullah ramai orang kata:
MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA


Jika berminat dengan SUPLIMEN Shaklee, boleh terus hubungi saya:
Fb: Zue Akim Biz
Page: DewiAmanda Butik
sms/wassap:0126674640

Friday, 30 May 2014

KESUBURAN: Saya Nak Hamil...!

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Penyayang..

Entri kali ni saya nak bercerita perihal MASALAH KESUBURAN dan cadangan suplimen yang sesuai yang mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini.. Bilakah waktu yang sesuai untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui status kesuburan seseorang?

bagi seorang wanita yang masih belum berkahwin, kebiasaannya boleh mula membaiki masalah kesuburan sekiranya terdapat tanda-tanda HAID TIDAK TERATUR atau mengalami masalah SENGGUGUT yang melampau. Jika mengalami masalah ini, bolehla mula mencari alternatif yang sesuai bagi membaikinya.. Tetapi, bagaimana dengan wanita yang tiada masalah di atas dan ingin mengetahui adakah mereka subur untuk melahirkan zuriat?

Wanita yang mempunyai masalah kesuburan terbahagi kepada dua:
1- Berumur DI BAWAH 35tahun tetapi TIDAK HAMIL setelah 12 bulan berkahwin TANPA menggunakan sebarang pencegah kehamilan.
2- Berumur DI ATAS 35tahun tetapi TIDAK HAMIL setelah 6 bulan berkahwin TANPA menggunakan sebarang pencegah kehamilan.

Sekiranya hal ini berlaku, pasangan WAJIB merujuk kepada doktor untuk mengetahui tahap kesuburan masing-masing disamping mencari apakah punca disebalik ketidaksuburan mereka. Kebiasaannya gangguan pada SISTEM REPRODUKTIF WANITA dan PENURUNAN KUALITI & KUANTITI SPERMA mungkin menjadi punca masalah kesuburan tersebut. Setelah mengetahui di mana masalahnya, barulah pasangan boleh mengikut saranan yang sesuai oleh doktor (perlu pembedahan dan sebagainya).

Selain itu, setiap pasangan boleh juga BERIKHTIAR dengan cara tersendiri bagi membantu juga untuk memberi kesuburan. Apa yang saya cadangkan adalah dengan pengambilan SUPLIMEN tambahan untuk melengkapkan nutrisi dalam badan supaya SISTEM BADAN boleh berfungsi dengan baik. Ini kerana, berkemungkinan masalah kesuburan berlaku akibat fungsi badan yang terganggu dan tidak lancar.

APA YANG BOLEH DICADANGKAN?
Sebagai permulaan, saya akan mencadangkan pasangan tersebut untuk mengambil SET FAMILY WELLNESS yang terdiri daripada: ESP, B-COMPLEX, VITALEA, VITA-C PLUS. Set ini adalah untuk membantu dalam memulihkan kembali sistem badan supaya boleh berfungsi dengan lancar.. Dan jangan terkejut sekiranya, mungkin hanya dengan mengambil set ini sahaja, anda boleh HAMIL...!! :)

Inilah set FAMILY WELNESS tu... hihi..


Selepas SEBULAN konsisten dengan set ni, boleh lah pantau sebarang perubahan yang berlaku. Bagi wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur, boleh lihat sama ada haid menjadi normal atau sebaliknya.. Jika masih tiada tanda-tanda positif untuk hamil, pasangan boleh terus dengan cadangan suplimen yang berikut...
UNTUK WANITA: GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX
UNTUK LELAKI: ZINC COMPLEX & VITA-E COMPLEX


Penambahan set untuk lelaki dan wanita yang berasingan ini adalah langkah terakhir bagi proses menambah kesuburan seseorang. Kebanyakan pasangan telah berjaya hamil dengan SET LENGKAP KESUBURAN ini. Set ini berfungsi khas untuk meperbaiki hormon bagi wanita dan menghasilkan kualiti dan kuantiti sperma yang normal bagi lelaki.. 

Sekarang saya akan terangkan pula FUNGSI SETIAP SUPLIMEN supaya lebih faham kenapa suplimen ini yang saya cadangkan bagi masalah kesuburan...

ESP Soy Protein
> Mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi dalam pembentukan sel
> Memudahkan proses berkaitan persenyawaan, perlekatan telurdan lain-lain
> Berfungsi untuk mengoptimumkan penyerapan vitamin-vitamin lain
> Membentuk tisu rahim yang sihat
> Membentuk sel ovum yang sihat dan sempurna

B Complex
> Mengandungi asid folic yang diperlukan diawal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
> Lengkap dengan vitamin b6, b12 dan asid folic.
> Mengelakkan anemia yang menyebabkan masalah kesuburan.
> Mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral
> Mengelakkan stress
> Menukarkan makanan kepada tenaga

Vita-Lea With Iron Formula
> Mengandungi 28 vitamin dan multimineral yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.

Sustained Release Vita-C
> Berfungsi untuk pembinaan dan pemulihan sel

GLA Complex
> Mengatasi masalah haid tidak teratur
> Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (membantu sperma untuk terus hidup sehingga 5hari)
> Melegakan PMS
> Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
> Menstabilkan hormon

Alfalfa Complex
> Membantu mengatasi masalah keputihan
> Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur atau sengugut
> Membantu dalam hubungan suami dan isteri
> Membantu dalam masalah PCOS

Vita-E Complex
> Terkenal sebagai vitamin cinta kerana mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita
> Lebih bertenaga
> Ereksi lebih lama
> Lebih mudah teransang
> Libido yang lebih kuat

Zinc Complex
> Merupakan zat yang penting dalam proses pembentukan hormon testosteran
> Membantu mengekalkan jumlah air mani
> Membekalkan tenaga untuk penghasilan sperma yang aktif
> Membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi
> Menghasilkan sperma yang sihat

Jadi... apa kata anda selepas membaca penerangan yang panjang lebar ni? Jika anda YAKIN untuk cuba IKHTIAR dengan suplimen Shaklee ni, saya mengalu-alukan anda untuk hubungi saya jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut..

FB: Zue Akim Biz
Page: DewiAmanda Butik
sms/wassap: 0126674640

**Setiap keberkesanan adalah dengan izin Allah swt.
**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat. mencegah atau menyembuhkan penyakit.



Wednesday, 28 May 2014

SAYA HAMIL...!!!

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan saat-saat begini kan?



Mula-mula 'missed period' lebih seminggu. Selepas tu mula beli pregnancy test kit dn akhirnya, ini keputusannya...... Alhamdulillah...! Pasti inilah saat yang bahagia kepada setiap pasangan.. :)

Bila dah disahkan HAMIL oleh doktor, maka langkah pertama yang ibu harus ambil adalah mencari suplimen/vitamin yang TERBAIK untuk mutrisi ibu dan juga janin di dalam kandungan. 

Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini . Sebab:
>lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
>tahan berbulan-bulan
>boleh dimakan bersama ahli keluarga
>harga yang sangat berbaloi
>semulajadi (bukan sintetik)
>tidak memberi sebarang kesan sampingan
>bonus kesihatan dan kecantikan extra
>juga sesuai dijadikan set berpantang
>terbukti selamat dan berkesan

Apakah cabaran lazim dialami oleh Ibu Hamil?

Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali Mengandung. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal. 
>Alahan Teruk 
>Morning Sickness 
>Tak boleh makan atau tiada selera makan 
>Muntah dan Loya 
>Anemia – Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah
semasa bersalin. 
>Keletihan dn rasa malas 
>Mood swing
Lazim bagi ibu Mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Namun jangan bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja.
Hampir semua masalah yang disebutkan tadi dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi yang diperlukan secara lengkap di samping rehat yang mencukupi dan sokongan suami.

CADANGAN SET HAMIL SHAKLEE (TRIMESTER 1, 2 & 3) :
- Vitalea ( multivitamin)
- B Complex (asid folik)
- Vitamin C
- Ostematrix (pil kalsium)
- Omega
Dan boleh tambah dengan pengambilan ESP supaya ibu lebih bertenaga dan mengoptimum kan penyerapan vitamin.


Mari saya terangkan fungsi setiap suplimen/vitamin...

1) Multivitamin(Vita-lea)

>Membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat
>Membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid )
>Membantu badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.
>Penting untuk tumbesaran anak.
> Mengelakkan mudah rasa pitam atau pening kepala kerana kekurangan
zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

VITALEA:ATASI MASALAH HB LOW (ANEMIA) DI KALANGAN IBU HAMIL
Ramai ibu2 hamil yang mengalami HB low.Jangan ambil remeh ya masalah Hb low ni sebab ia boleh membawa maut . Antara kesan yg mungkin anda akan dapat jika mengalami HB low ini dan tidak dapat rawatan ialah:

Kepada ibu :
# Keguguran
# Bersalin Awal
# Kematian janin dalam kandungan
# Tumpah darah semasa & selepas bersalin

Kepada Janin :
# Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
# Lahir tidak cukup bula
# Lemas semasa lahir
# Pertumbuhan bayi terbantutB.Complex
>Pembentukan darah yang cukup
>Kestabilan hormon
>Pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
>Pembentukan dan aktiviti sel genetik.
>Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
>Menjaga saraf ibu mengandung dan bayi

2) B Complex

>Pembentukan darah yang cukup
>Kestabilan hormon
>Pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
>Pembentukan dan aktiviti sel genetik.
>Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
>Menjaga saraf ibu mengandung dan bayi

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya

3) Vitamin C (Sustained Release Vita-C)

> Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
>Menguatkan antibody supaya tidak mudah selesema
>Mengelakkan komplikasi hamil spt kelahiran bayi pra-matang & bayi tidak sihat
>Meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
>Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
>Menguatkan struktur gigi dan gusi
>Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
>Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
>Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
>Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
> Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia

4) Kalsium (Ostematrix)

>Pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi
>Penting untuk darah membeku dengan sempurna
>Membaiki ransangan urat saraf
>Mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan
>Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
>Mengelakkan penyakit reput tulang & tulang rapuh
>Melegakan sakit pinggang dan kejang kaki
>Bagus untuk pelawasan dan elakkan sembelit
>Membantu pembentukan janin bayi yang kuat
>Tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi

Kebiasaanyan menjelang trimester kedua dan ketiga ibu hamil akan mengalami sakit pinggang dan kekejangan kaki. Bayi di dalam kandungan akan membesar sekaligus memberi tekanan kepada rahim. Ini menyebabkan simptom sakit pinggang dan kekejangan kaki terjadi. Jadi sebaiknya ibu hamil disarankan sentiasa cuba mengurangkan sebarang beban di bahagian belakang sama ada ketika duduk, berdiri, mengangkat barang, tidur/baring atau pun berjalan.
American Institute for Preventive Medicine telah membuat kajian ibu hamil perlu mendapatkan kalsium, magnesium dan air yang cukup bagi mengatasi masalah sakit pinggang ketika hamil. Kalsium dan magnesium sangat penting kerana boleh membantu memelihara saraf normal, yang mana saraf inilah yang akan mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. Kalsium juga penting untuk proses kelahiran yang memerlukan otot-otot badan bekerja keras terutama semasa kontraksi nanti.

5) Omega -3 (Omega Guard)

KEBAIKAN OMEGA UTK BAYI
>Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
>Membantu perkembangan memori janin
>Mengurangkan risiko allergy d kalangan bayi
>Mencegah kelahiran pramatang
>DHA yg terkandung dlm omega merupakan nutrient utama utk otak,sistem saraf dan retina janin

KEBAIKAN OMEGA UTK IBU
>Membantu mengawal kolestrol dalam badan ibu
>Mengawal berat badan berlebihan secara semulajadi
>Meningkatkan sistem imun(elak jangkitan,demam selesema)
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
>Mencegah kanser
>Mencegah pembekuan darah
>Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
>Baik untuk pesakit jantung
>Menghindar tekanan perasaan
>Mencegah penyakit darah tinggi

Tugas DHA
>Mencegah asma
>Meningkatkan daya seksual
>Mencegah sakit kulit
>Mengelakkan kanser payu dara
>Mengelak kanser prostat
>Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
>Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan
>Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
>Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang , dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
>Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
>Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

6) Protein (Energy Soy Protein)





















>Membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh
>Penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.
>Memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
>Memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
>Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi
>Membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu
>Membantu aliran darah ibu yang bertambah
>Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.
Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.
Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

Boleh terus hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut:
FB: Zue Akim Biz
Page: DewiAmanda Butik
sms/wassap: 0126674640

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.