Sunday, 9 November 2014

OMEGA-3 dan DOT DOT DOT....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Entri kali ni nak beri sedikit INFORMASI tentang kebaikan Omega-3 bagi kesihatan tubuh badan kita...

Jom tengok dulu beberapa sumber yang boleh beri badan kita asid lemak OMEGA-3 ni.




Apakah kebaikan Omega 3 ini?
Omega 3 dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan simptom kemurungan, sakit sendi dan juga mengurangkan risiko penyakit kanser.

Bagaimana Omega 3 dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut?
Omega 3 dipercayai dapat menghalang penyakit-penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan. Omega 3 juga dipercayai mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal (abnormal heart rhythm), mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung).

Omega 3 dan Triglycerides (TG)
Omega 3 boleh mengurangkan kadar TG dalam darah (TG adalah sejenis lemak yang tidak baik dalam darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung). Walau bagaimanapun, Omega 3 juga boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan iaitu kedua-dua lemak baik (HDL) dan lemak jahat (LDL). Oleh itu bagi pesakit yang mempunyai kadar TG yang tinggi dalam badan hendaklah mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil Omega 3. Namun secara umumnya pengambilan ikan yang mempunyai kadar Omega 3 yang tinggi adalah selamat.

Omega 3 dan Stroke
Omega 3 menghalang pembinaan plak dalam salur darah ke otak yang boleh menghalang ischemic stroke (strok yang terjadi akibat saluran darah ke otak tersumbat). Omega 3 juga mempunyai kesan menghalang pembekuan darah. Oleh itu pada dos yang tinggi, supplement Omega 3 dipercayai boleh menyebabkan hemorrhagic stroke (strok yang terjadi akibat pendarahan dalam otak).

Omega 3 dan Rheumatoid Arthritis
Omega 3 boleh mengurangkan sakit sendi dan kekerasan sendi (joint stiffness) pada pesakit rheumatoid arthritis.

Omega 3 dan dementia
Omega 3 dipercayai mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s.

Omega 3 dan kanak-kanak
Berhati-hati dengan promosi iklan susu tepung kanak-kanak yang mendakwa Omega 3 adalah ”brain-boosting” power untuk kanak-kanak. American Academy of Pediatrics mengesyorkan kanak-kanak makan lebih banyak ikan bagi mendapatkan khasiat Omega 3 berbanding pengambilan supplement.

Omega 3 dan wanita mengandung

Satu kajian yang telah dijalankan oleh John Colombo, PhD mendapati bayi yang lahir daripada ibu yang mengambil kadar Omega 3 dan DHA yang mencukupi semasa mengandung didapati mempunyai daya tumpuan yang lebih semasa dua tahun awal mereka berbanding dengan bayi yang lahir daripada ibu yang kurang kadar Omega 3 dan DHA.

Berapa banyak Omega 3 dan DHA yang diperlukan oleh wanita mengandung?
Kajian Levine menyarankan keperluan DHA sebanyak 250mg semasa mengandung

DHA dan susu ibu
DHA secara semulajadi terkandung di dalam susu ibu yang mana amat bagus untuk kecerdasan otak bayi yang sedang membesar....alhamdulillah, anugerah Allah untuk ibu dan anak-anak kita.

Bahaya ikan yang dicemari
Salah satu perhatian yang perlu diberi perhatian semasa pengambilan ikan adalah pencemaran ikan oleh merkuri akibat laut yang tercemar. Kehadiran merkuri di dalam ikan adalah berbahaya bagi wanita mengandung, wanita menyusukan anak dan kanak-kanak. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga elakkan memakan ikan pemangsa seperti shark, sworkfish, king mackerel dan buang kulit, lemak-lemak ikan sebelum memakan ikan.


Kesimpulan

Terdapat banyak kebaikan yang boleh didapati dengan pengambilan Omega 3 terutamanya bagi mengelakkan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan strok. Bahkan ianya amat bagus untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar untuk kecerdasan otak dan daya tumpuan yang tinggi. Namun, badan kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dengan sendiri. Sumber terbaik bagi mendapatkan Omega 3 adalah daripada ikan. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang menggalakkan kita umat Islam memakan ikan dan mengurangkan pengambiln daging sekali seminggu sahaja. Dan bagi bayi pula sumber yang terbaik semestinya daripada susu ibu, anugerah daripada Allah Taala. Oleh itu, langkah terbaik sebagai seorang ibubapa, kita pastikan diet keluarga kita lebih kerapkan pengambilan ikan dalam masa seminggu sebagai sumber protein berbanding ayam atau daging. dan bagi bakal-bakal ibu pastikan anda menyusu anak-anak anda.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca perkongsian disini..!

RAHSIA AWET MUDA: KETAWA

Assalamualaikum..
Pagi ni nak santai-santai sket.
Semalam dok tengok make up transformation ni, dok tebahak-bahak, pecah perut nengoknye.. Ade banyak lagi. korang bleh google je...
Yang ni ade beberapa saya kongsikan sini.. yang saya rasa betul-betul klakar...

Moh kite guling-guling..!














Wahahahaaa....
Cane? Ada rasa macam awet muda sket tak lepas dah gelak, pastu guling-guling plak.. dah berapa banyak senaman tuh! hihihi...

Mode: Release tension

Thursday, 6 November 2014

NIKMAT yang tak mampu ditolak!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah... berkesempatan untuk mencoretkan satu lagi kisah yang nak dikongsi bersama pembaca setia blog saya ni.. Terima kasih kerana sudi jelajah ke blog yang 'biasa-biasa je' ni. hihi.. ^^


Pada yang dah ikuti post2 saya dari awal mungkin tahu yang saya dah pun mempunyai 3 cahaya mata, amanat daripada Allah swt.. Alhamdulillah. Dan insyaaAllah, 3 orang ini saja lah zuriat yang akan hantar saya dan suami ke syurga.. Aminnn.


Apa NIKMAT yang saya nak kongsikan disini?

Nikmat yang WAJIB ibu2 diluar saya merasai nya... MENYUSUKAN ANAK..

Kisah bermula pada tahun 2005 bila saya disahkan hamil anak pertama selepas 6bulan menjadi seorang isteri.. gembira tak terkira rasanya walaupun masa tu baru berumur 23thn. hihi.. Jadi, dijangka melahirkan zuriat pertama pada pertengahan Januari 2006. Tapi perancangan Allah menetapkan kami menjadi ibubapa pada awal Januari, 2 minggu awal daripada jangkaan.. Alhamdulillah, anak pertama lahir pada hari Jumaat yang penuh barakah, ketika solat Jumaat. Walaupun lahir melalui ceaserean, tapi bersyukur kerana semua selamat.. 


Susah tak nak menyusukan anak pada pertama kali?


Walaupun pada mulanya rasa kekok, tapi pertama kali menyusukan Adam adalah saat yang sangat indah.. Rezeki susu untuk Adam sangat mencurah2. Kalo nak tau, susu badan saya dah mula keluar pada sehari sebelum saya melahirkan Adam. Misi pun terkejut sebab baju saya basah kerana susu dah mula keluar.. Tapi, masa 2-3 hari kat wad tu saya jarang dapat menyusukan Adam sebab dia tidur je. Macam dia rasa masih dalam perut lagi je.. (sebab paksa keluar awal kan...hehe). Rupanya tak boleh mcm tu. Misi pun tegur cakap kena kejut jgk anak utk menyusu setiap 2jam. Saya dah buat, tapi Adam masih tak bangun gak! huhu... Then Misi tu jentik2 tapak kaki Adam sampai nangis2 dan suruh saya susukan. Ada la dalam beberapa minit, Adam tido semula..hahaha. Samalah seterusnya sepanjang seminggu tu.. Masa tu pun saya bukan tahu sangat perihal menyusukan secara ekslusif ni. Yang saya tahu, saya perlu menyusukan anak sebagai melengkapkan diri menjadi seorang ibu.. :)


Apakan daya, selepas 2 minggu saya diduga dengan bengkak susu yang teramat sakittttt.....!!! Sampai saya demam hingga suhu cecah 40deg. Masa tu, nak menyusukan Adam pun sangat seksa sebab nipple melecur kerana Adam dah mula kuat menyusu sedangkan susu saya tak keluar sebab beku.. Allahuakhbar.. Hanya Allah yang tahu.. Jadi, masa makcik urut tu mengurut, saya bagitau pasal bengkak susu ni. Dia pun bagitau boleh nak hilangkan tapi nanti susu badan dah takleh keluar banyak. Means, makcik tu urut kasik pengeluaran susu perlahan supaya breast tak bengkak dah. Memang sungguhlah.. Hilang je bengkak susu tu, susu badan pun sangat kurang. sampaikan Adam dah tak nak menyusu lagi. 


Jadi, bermulalah episod kami mencari susu formula yg sesuai utk Adam. Ini bukan satu perkara yang mudah.. Beberapa jenis dah cuba. Ada yg buat Adam muntah2, tak kencing, tak berak, yang buat dia cirit birit pun ade...huhuhuu.. Akhirnya, yang terakhir serasi dgn Adam susu lactogen. Walaupun serasi, tapi setiap hari saya kena pastikan dia berak, kencing normal atau tak sehingga dia setahun! Fuhhh... bukan mudah. Lagi pulak masa tu saya masih belajar. hantar Adam ke pengasuh, so kena pastikan jugak dgn pengasuh.. Yang paling takleh lupa, setiap kali nak keluar jalan. WAJIB ada bakul dia untuk letak termos,botol,susu,air masak,nestum(after 6mo). Kemana pegi dok bawakla skali dalam kete. Then kena pulak Adam kuat menyusu. so, keraplah gi bancuh susu bila berjalan-jalan.. hehehe. 

Itu kisah Adam....

Lepas setahun umur Adam, saya disahkan hamil lagi...produktif sungguh even ceaser...hahha.. kena marah ngan misi?? Selamba je la.. siapa kita nak pertikaikan rezeki Allah kan?

Tapi, untuk anak kedua ni tekad saya untuk cuba bersalin normal. Mengandungkan Dewi takde masalah sangat. Just berat bawak perut je. Tapi berat2 pun, berjaya gaklah saya mendaki ladang teh boh kat cameron highland tu masa kandungan 8bulan.. hahah. sampai sekarang saya rasa betapa gilanya saya masa tu.. Bila dah sampai atas tu baru tersedar dan terpikir "ni mau terberanak aku besok"... hehehe. 

Cukup 40weeks 3days, saya pun turun air. terus gi hospital dan doktor check, belum ada bukaan. tapi still admit sbb history saya dulu ceaser. Pengalaman bersalinkan Dewi saya dah penah cerita dulu dan itulah yang paling sakit. Sama macam masa nak bersalin Adam dulu. Sehari sebelum bersalin, susu badan saya dah keluar mencurah2. Alhamdulillah... Mulanya saya risau jugak susu tak keluar untuk anak yang ni sebab dulu dah urut kan.. Tapi rezeki Allah bagi sangat banyak. Pertama kali jugak misi pegang Dewi dan bagi dia hisap susu pertamanya dlm OT tu, masa doktor lain sedang jahit semula perut saya..hehe. Masa Adam tu takde pun.. huhu.


Berpantangkan Dewi ni sangat mencabar...menyusukan dia takde masalah. Bengkak susu pun takde..Syukur.. walau risau gak kena kali kedua kan. Tapi yg mencabarnya bila Dewi ni meragam masa pantang. Dia ni pantang letak.. uwekkkk je la..hihihi. Sampaikan saya tak cukup rehat. tidur pun duduk je sebab kena pangku dia. Dewi plak lahir 3.5kg.. berat kot nak pangku. Lagi pulak ceaser..huwaaaaa.. Last option, saya paksa jugak suami carikan buaian! Lantakla orang dok kata nanti takut susah nak bawak anak jenjalan.. nak tido je kena buai.. Alhamdulillah, anak2 saya yang tido buai takde masalah nak tido kat mana pun.. janji ada nenen mama...hahaha..


Dan inilah NIKMAT yang tak mampu saya tolak... pengalaman saya dengan Adam yang minum susu formula dan Dewi yang fully BF, Subhanallah....terlalu jauh bezanya.. Menyusukan Dewi adalah perkara yang paling hebat sekali saya rasakan. 

Takde masalah tak cukup tido sebab nak bancuh susu...(nangis je sua nenen sambil baring je...hihi)
Takde masalah nak bawak bakul penuh barang2 buat susu..(cari tempat menyusukan je..)
Takde masalah tak kencing/tak berak/cirit/muntah..(sebab misi cakap kalo anak susu badan, tak berak hari2 pun takde mslh)
Takde masalah nak cari susu yang serasi..
Pendek kata.... sangat sangat senang..!!!
Syukur Alhamdulillah...rezeki susu untuk Dewi mencurah dan saya sempat susukan Dewi sampai 2 tahun, sehinggalah muncul lagi seorang dalam rahim ni..

Anak ketiga?

Selepas Dewi, Amanda pun masih takde masalah dengan susu badan saya. Cuma sempat menyusukan Amanda sampai 8bulan je. Lepas saya masuk keje kontrak, dah kurang menyusukan dia dan pam susu pun tak berapa efektif dan akhirnya Amanda taknak menyusu badan dah.. Walau begitu, saya sangat bersyukur sebab Allah beri saya rasa perbezaan NIKMAT menyusukan anak sepenuhnya berbanding dengan beri anak susu formula..

So... mommies out there.. Tiada ALASAN untuk korang tidak menyusukan anak sepenuhnya.. Lagilah sekarang ni macam2 info penyusuan korang boleh dapat melalui perkongsian di internet.. Jika korang rasai sendiri, baru korang tahu bahawa inilah NIKMAT yang tak mamppu ditolak..!

Percayalah...

Sekian sembang2 kita petang ni... Ada lagi nanti saya kongsi ye..! :)

Mode: Rindu sangat nak menyusukan anak..


Picture by Google

Wednesday, 5 November 2014

MEMASAK: Sebelum@Selepas KAHWIN?

Korang cane?
Memang awal-awal lagi mak dah ajak dok dapur dan masak sekali ke?

saya anak bongsu. beza dgn kakak sulung pun 18 tahun. so, memang bab2 masak ni yang terer yong la. Arwah mak saya dulu memang takde ajar dok dapur masak sekali pun. lagi pulak dok asrama dari form 1-5. habis sekolah dok kat U pulak... ceritanya, memang takde alasan nak dok dapur la... hahah

Tapi ape berlaku bila nak kahwin? Adakah saya dah prepare hal masak2 ni sebelum kahwin? Memang tak laaa.... hahaha. Saya kawin umur pun baru 22tahun. Tapi semua tu bukanlah halangan untuk saya berkahwin. Kalo dah jodoh, tak awal tak pulak lambat.. Allah dah aturkan segalanya kan?

walaupun saya takde belajar memasak ni, tapi masa awal kawin tu saya cuba jugak masak untuk enchik suami tau! Sedap ke tak??
Ntahla. yang pastinya dia makan elok je.. (kot nak jaga hati tak tau la...hihi).

Tapi sekarang?
Alhamdulillah... masakan sayalah yang dinanti-nanti oleh si dia. ceeeewahh!
Macam mana boleh jadi 'expert' masak pulak saya skang? (perasan jap)..
Alasan utama adalah saya dan suami sangat suka makan.. So, bila suami suka makan ni, secara automatik jadi suka memasak. Kalo pegi makan kat mana2, bila rasa tu sedap saya akan cuba cari cane nak masak benda tu.. hihi.
Sekarang ni dah ade 3 orang anak 4,7&8 tahun dan dorg pun suka makan jugak! haha... Jadi, tugas memasak tu jadi lebih penting dan bermakna..walaupun kadang2 malas jugak nak masak..

So, tak perlu risau sangat reti ke tak reti masak bila nak kawen..insyaaAllah, lepas kawen akan beransur2 datang skill memasak tu.. tapi kalo bersungguh dan ikhlas la. kalo ikutkan malas dan nak senang tu, memang family hari2 makan air tangan org kedai la...hahahah!

Oke... tu je nak sembang ngan korang..
Mode: teringat kisah silam masa tengah masak2 tadi.. :)



Monday, 25 August 2014

KHASIAT BAWANG PUTIH: Garlic Complex Shaklee.


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dah baca INFO pada gambar kat atas tu?
Mungkin ramai yang dah tahu ataupun ada juga yang belum tahu. 
Persoalannya: 
ADAKAH ANDA DAH AMALKAN BAWANG PUTIH?
ADAKAH ANDA AMBIL 2 ULAS BAWAH PUTIH SETIAP HARI?

Bagi yang dah amalkan tu, Alhamdulillah... Bagi yang belum amalkan tu, boleh la mulakan sekarang lepas dah tahu khasiat bawang putih ni. 
Persoalannya:
ADAKAH ANDA SANGGUP MAKAN 2 ULAS BAWANG PUTIH MENTAH-MENTAH?



Hahaha... jenuh jugak kan kalo nak kunyah mentah-mentah macam ni betul tak?
Takpe....takpe..... ada solusi yang lebih MUDAH, BERKESAN dan SELAMAT..!
Hanya ambil 2 BIJI GARLIC COMPLEX daripada Shaklee setiap hari..!
MUDAH KAN?

Sebelum tu meh saya ceritakan KENAPA PERLU PILIH GARLIC COMPLEX SHAKLEE?

PERBEZAAN SHAKLEE:
=====|||||||======
1-Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas. 

2-Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% ALLICIN aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif).

3-Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau bawang putih.

4-Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba ( Rosemary dan Spearmint). Ia mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

5- Setiap tablet membekalkan 1000mg ekstrak bawang putih tulen yang sama dengan 2 ulas bawang putih segar.

MANFAAT UTAMA:
====|||||====

<<Mengandungi Spearmint>>
Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.

<<Antibiotik yang selamat dan semulajadi>>
Bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan Yis candida.

<<Menghalang Alergi>>
Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis.

<<Mempertingkatkan sistem penghadaman>>
Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Bawang putih juga mampu menentang bakteria H, pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

<<Tekanan darah tinggi>>
Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

<<Detoksifikasi>>
Bawang putih mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

<<Menurunkan kolestrol>>
Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung, menghalang strok dan penyakit koronari.

<<Mencegah Kanser>>
Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser- NITROSAMINE.

<<Menstabilkan glukos>>
Menolong menstabilkan glukos didalam tubuh kita.


---->>>TAHUKAH ANDA???

BAWANG PUTIH MENGANDUNGI PELBAGAI JENIS KOMPOSIT FISIOLOGI YANG TERDIRI DARI BAHAN SULFAT UNTUK MENENTANG BAHAN ANTIOKSIDAN DAN ANTI-KANSER. 
Bahan-bahan ni lah yang menyebabkan punca bau bawang putih...! awesome kan? ^_^

So...........
Lepas dah baca khasiat bawang putih ni, rasa macam nak cuba kan?
Jangan segan, boleh terus order dengan saya sebagai seorang PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH!

FB: Zue Akim Biz
PAGE: DewiAmanda Butik
SMS/WHATSAPP: 012-6674640

HARGA???
Sangat MURAH dan BERBALOI....
Sebotol hanya RM47.50...!
(Kos pos dicas berasingan)

DAPAT KAN SEKARANGGGGG....!!!! :)


Tuesday, 19 August 2014

GLA COMPLEX: Bagus sangat ke???





PERBEZAAN SHAKLEE:

Kebanyakan GLA (Gamma-Linolenic-Acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Promrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari BORAGE yang mengandungi dua kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah tiga kali lebih dari segi bioavailabiliti dan tiga kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik OMEGA-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.

MANFAAT UTAMA:
Memelihara kesehatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

Mengawal estrogen dan testosteron – GLA membentuk proglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, melegakan simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

Menambah kesuburan wanita – Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.

Melambatkan menopause – memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, imsomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberikan tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

Mencantikkan kulit – memperbaiki inflamasi kulit, eczema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

Mencantikkan rambut – memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

Pelangsingan – merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, etc.

Menentang kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

Menghalang tekanan darah tinggi – menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD) – terbukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

UNTUK KETERANGAN LANJUT:
ZUE: 0126674640-SMS/WHATSAPP
FB:ZUE AKIM BIZ

Monday, 7 July 2014

BIAR MEREKA BERKATA-KATA

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Entri kali ni saya hanya nak 'dedahkan' beberapa TESTIMONI pengguna yang telah pun mencuba VIVIX dan rasai kesan positif nya.. VIVIX adalah suplimen kesihatan yang terbaik daripada Shaklee. Kebolehannya utk menyerap dan memperbaiki DNA manusia merupakan satu fenomena yang menjadikan VIVIX adalah satu-satunya suplimen yang mempunyai kebolehan tersebut..! Dan kerana fungsinya dalam membaiki DNA inilah menjadikan VIVIX mula menjadi alternatif kepada PESAKIT KRONIK dalam mendapatkan kesihatan yang lebih baik.. Dan dengan IZIN ALLAH, ramai pesakit ini dapat membaiki kesihatan mereka yang dulunya sangat menyedihkan.. Alhamdulillah. Segala Puji Hanya Bagi Allah Yang Maha Menyembuhkan.. :)

Inilah antara beribu-ribu pengguna VIVIX yang menceritakan pengalaman mengambil VIVIX oleh insan-insan yang mereka sayang.. Kesihatan adalah tidak ternilai. Sebab itu mereka di bawah ini memilih KESIHATAN berbanding dengan WANG RINGGIT. Kerana mereka ini menyedari bahawa KOS RAWATAN ADALAH LEBIH MAHAL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HARGA VIVIX!











Jika ada yang berminat untuk IKHTIAR dengan menggunakan VIVIX, insyaaAllah saya boleh bantu anda untuk mendapatkannya.. Boleh hubungi saya:

Fb: Zue Akim Biz
Page: DewiAmanda Butik
sms|wassap: 012-6674640

Harga sebotol VIVIX: RM475
Boleh tahan sehingga 2 bulan untuk sebotol.
Cara: Minum 1 sudu teh sekali sehari (bergantung pada kondisi kesihatan).