Tuesday, 20 May 2014

KURUS~~Pastikan BERJAYA!

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Untuk entri kali ni saya nak berkongsi info bagi mereka yang ingin MENGURANGKAN BERAT BADAN sambil mendapat BENTUK BADAN YANG CANTIK... Semestinya dengan PRODUK SHAKLEE lah... Kerana Shaklee menawarkan produk yang sentiasa SELAMAT-BERKESAN-MESRA ALAM...!
Produk lain?? 
kena tanya pengedar mereka lah! hehehee... ^_^


Persoalan pertama adalah:
BERAPA ANDA SANGGUP MELABUR UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI, EKSLUSIF DAN BERKESAN NI UNTUK MENDAPAT BENTUK BADAN IDAMAN ANDA DAN MENGEKALKAN TERUS BERAT DAN BENTUK BADAN ITU?

Jika anda SANGGUP melabur berapa pun, maka ini adalah entri yang sesuai untuk anda kerana mereka yang sanggup mengeluarkan modal untuk CANTIK & SIHAT adalah orang yang betul-betul YAKIN dengan produk tersebut. Jadi, jika anda YAKIN dengan produk Shaklee saya pasti anda akan BERJAYA mendapat berat ideal anda.. InsyaaAllah.

Sooo... sebelum nak cuba, mestilah kena tahu dulu FUNGSI setiap satu kan? tak kan nak main hentam je makan tanpa usul periksa.. Sebab ramai je yang obses nak kurus hanya percaya pada iklan-iklan yang sentiasa jamin boleh kurus dalam tempoh masa yang singkat! hahaha... Janganlah TERTIPU wahai pengguna semua.. kebiasaan PRODUK YANG BAGUS, tindakbalas sebenarnya akan mula dalam tempoh 3-6 bulan.. maksudnya, anda kena beri tempoh tersebut untuk lihat kesan yang betul-betul dirasai sepenuhnya. Jika ada yang claim boleh kurus dalam masa 2 minggu ke, sebulan ke dan adaa masa tertentu, anda perlu selidik la dulu kandungan produk tersebut... :)

OK...dah bebel jauh pulak..hihihi..
KEY dalam set SHAPE UP ni semestinyalah CINCH SHAKE Shaklee tu.. Jom baca KENAPA?

Anda tahu tak kenapa kebanyakan mereka yang nak berdiet ni GAGAL?
Sebab UTAMA sememangnyalah kerana tak control makan dan takde senaman. hehehe.. Tapi ada juga yang ambil cara diet dengan berlapar dan berat memang turun. Tetapi...bila makan lebih sikit je, berat jadi naik berganda.. pernah alami tak? Meh saya ceritakan contohnya...
Oklah, katakan anda dah tak makan nasi, tengah hari tak makan, cuba berlapar. Then berjaya turun dalam 2-3 kg, tapi lepas tu nak makan nasi sikit je kononye...sebab terasa nikmat, tengok -tengok  tak terjaga, berat mula naik kembali mendadak . Kenapa diet berlapar ni tak jadi ? 
Ok inilah satu kesan yang di panggil yoyo effect. Masalah yang berlaku di sini ialah, bila kita kurang makan, kita bukannya membuang lemak, tapi apa yang berlaku, jisim otot kita menjadi lemah dan berkurangan, jadi berat yang hilang tu cumalah otot kita sahaja. Bila kita start makan balik, yang bertambah cumalah lemak. Di sini kita perlu tahu, otot sangat penting untuk menguatkan metabolisme yang mampu membakar lemak.
Jadi, rasa-rasanya dah tahu kan kenapa tak perlu berlapar untuk berdiet? ^_^

Untuk pengetahuan, CINCH SHAKE ni mengandungi formula LEUCINE yang menjadikannya sangat sangat.... SPECIAL..! Nak tahu ape itu LEUCINE?

Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak  yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

Dan jangan tak tau.. Ujian klinikal ke atas formula Leucine ni telah dijalan oleh saintis Shaklee sendiri ye. Bukan 'omong kosong' saje.. hehe.. Dalam ujian ni, mereka yang dipilih untuk program ni telah kehilangan LEMAK, BERAT dan INCI tetapi pada masa yang sama, masih mengekalkan otot mereka. Ini menunjukkan mereka dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak..!

Wahhhhhhh...... bagus kan kalo dapat berdiet dengan CINCH SHAKE? :)
---------------------------------------------------
Seterusnya, EJEN DETOX kita yang memainkan peranan penting dalam memulakan proses diet kita iaitu HERB-LAX. Ia adalah suplimen yang digunakan untuk membuang TOKSIN dalam badan kita. 
Tahukah anda bahawa kebanyakan mereka yang cuba berdiet tetapi berat badan masih tidak berkurangan adalah kerana kandungan toksin dalam badan yang menghalang proses penyingkiran lemak?
Mari saya cerita bagaimana penyahtoksidan (proses buang toksin) membantu dalam proses pelangsingan badan...

Jika anda mengurangkan berat badan dengan drastik seperti menahan lapar, sebenarnya anda kehilangan lebih banyak otot berbanding lemak, dan jika anda menghentikan diet dan berat anda naik kembali, anda sebenarnya membina lebih banyak lemak lagi. Jika anda melakukan diet secara bermusim, hilang 10 kg dan 5 kg daripadanya adalah otot dan selepas itu naik balik 10 kg dan 10 kg yang naik itu adalah lemak.sebenarnya anda meningkatkan jumlah lemak di badan anda walaupun berat badan anda tetap sama. Ini bermaksud jumlah lemak anda meningkat berbanding sebelum anda melakukan diet. MENAKUTKAN betul tak???

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, sebelum memulakan program mengurangkan berat badan, lakukan penyahtoksidan terlebih dahulu selama 7 hingga 20 hari.Cadangan biasa saya kepada pengguna untuk mengambil sebotol HERB-LAX (120biji-untuk sebulan) dan makan setiap hari selama sebulan (untuk permulaan sahaja, bulan berikutnya boleh ambil seminggu 3 kali).Selain itu pastikan anda meminum air secukupnya untuk membuang toksin dalam badan Anda. Penyahtoksidan bermaksud membersihkan semua organ – organ penting seperti buah pinggang, hati, usus dan sebagainya. Dengan membersihkan organ-organ ini, anda boleh mengurangkan berat badan beberapa kg di sebabkan berat yang hilang adalah merupakan sisa-sisa toksin yang terkumpul dalam sistem badan anda selama beberapa tahun. Dengan mengeluarkan semua toksin tersebut dari badan, ini akan menyebabkan proses mengurangkan berat badan akan menjadi lebih mudah. Ini kerana, sistem organ badan bersih dan proses pemecahan dan penyingkiran lemak menjadi lebih lancar.

Faham tak kenapa EJEN DETOX ni PENTING? :)
----------------------------------------------------------------------------
Bagi menjalankan proses MEMECAHKAN LEMAK, mari kita 'say hi' kepada LECITHIN..... hihihi.
Yang ni pun penting sebab ia 'berkawan baik' dengan HERB-LAX. mereka ni perlu berganding bahu la untuk menjayakan proses diet empunya badan tu! heheh.. Lecithin membantu dalam mengemulsi dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh. Ia juga mampu menghalang OBESITI di mana pengambilan Lecithin dengan konsisten akan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang. 
Sebab tu ramai orang berebut nak kan Lecithin ni tau...! Selalu habis stok...hihi ^_^

Dan akhir sekali, CINCH ENERGY TEA MIX yang secara tak langsung juga turut membantu untuk MEMBERI TENAGA BERPANJANGAN disamping menggantikan minuman lain yang berkefein. Ini kerana minuman berkefein memberikan impak yang tinggi untuk pembentukan toksin dalam badan kita. Selain itu, teh ini juga mengandungi TAURINA yang mana sangat bagus untuk meningkatkan METABOLISMA badan seseorang. Dan teh ini mengandungi kadar ANTIOKSIDAN yang tinggi.
So, gantikan minum petang yang tak berkhasiat tu dengan CINCH ENERGY TEA MIX ni.. :)
----------------------------------------------------------------------------

Nampaknya, dah habis penerangan terperinci saya kongsikan kepada anda semua. Semoga semua ini memberi manfaat kepada semua dan proses diet anda selepas ini akan BERJAYA...! Yayyyy... 
pergi beraya nanti ade la yang menegur " Ko nampak selim-melim la.. amik ape?".
ataupun, nak fitting baju.."eh, dah boleh pakai saiz L la.. dulu saiz XXL"
Hahaha... Apa yang saya nak tekankan disini adalah, dengan program INCHLOSS dengan menggunakan CINCH SHAKE, badan anda insyaaAllah tidak akan naik mendadak semula bila ada masa anda 'terlupa' nak kawal nafsu makan. 
Tapi saya juga perlu TEGASKAN bahawa:
~~Senaman adalah KEPERLUAN bukan utk kurus je tapi yang penting SIHAT.
~~Setiap keberkesanan produk itu adalah atas izin Allah swt, produk Shaklee hanya sebagai usaha kita untuk berikhtiar.

Jadi, saya berhenti dulu disini dan boleh hubungi saya jika ada sebarang persoalan:
Fb:Zue Akim Biz
Fb Page: DewiAmanda Butik
sms/wassap: 012-6674640

Sunday, 18 May 2014

MEALSHAKES Shaklee~~Healthy FAST FOOD

Jika anda mencari sarapan pagi yang PENUH KHASIAT...
MEALSHAKES Shaklee merupakan pilihan TEPAT & BIJAK!
Mealshakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan:
-->Bayi (setahun & ke atas)
-->Kanak-kanak membesar
-->Pelajar
-->Ibu Hamil
-->Para Atlet
-->Vegetarian
-->Orang sakit
-->Orang sibuk bekerja
-->Orang selalu ambil makanan segera

Mari kita tengok apakah yang anda boleh dapat dengan pengambilan MEALSHAKES... ^_^

MANFAAT UTAMA:
===============
[X] NUTRISI LENGKAP
--> Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

[X] MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH
-->Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

[X] MEMBANTU TUMBESARAN
-->Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

[X] ANTIOKSIDA
-->Mengandungi vitamin A,C,E,zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

[X] MENGEMBALIKAN SERI WAJAH
-->Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

[X] DETOKSIFIKASI
-->Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

[X] RASA YANG LAZAT
-->Minuman yang lazat untuk diambil bersama dengan minuman kegemaran sebagai pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan!

Hokeh... dah tahu manfaat MEALSHAKES.. Banyak kan??? hehehe.. Ni la rupanya Mealshakes tu:

MEALSHAKES SHAKLEE

Dah tahu macam mana rupanya Mealshakes dan apa manfaatnya, tapi.......
Kenapa nak kena pilih produk Shaklee ni? 
Tak boleh ke consume produk-produk lain yang mempunyai manfaat yang sama dengan Mealshakes ni?BOLEH... takde masalah pun. Itu kan hak anda sebagai pengguna...Tapi sebelum tu, jom saya cerita dulu apa PERBEZAAN SHAKLEE yang menjadikan Mealshakes ini lebih EKSLUSIF... :)
----------------------------------------------------------
Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan LENGKAP dan asid amino serta nutrisinya MUDAH DISERAP untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI-->buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain. 
LACTALBUMIN adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi ke orang dewasa. Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, bacteriolysin dan sebagainya.
-----------------------------------------------------------
So.......dah nampak dimana perbezaan produk Shaklee daripada yang lain?
Anda boleh la pilih yang mana anda suka dan PERCAYA.. 
Kalo saya, semestinya lah Shaklee kerana produk Shaklee telah terbukti SENTIASA....SELAMAT-BERKESAN-MESRA ALAM....

Jika anda memilih produk Shaklee, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
FB: Zue Akim Biz
FB Page: Dewi Amanda Butik
sms/wassap: 012-6674640

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit.

Tuesday, 6 May 2014

Kenali VIVIX~Pasti Jatuh Hati!

Vivix™-supplemen anti penuaan terbaik di dunia kerana ia adalah SUPLIMEN PERTAMA  di dunia yg mampu menembusi DNA manusia.

BAGAIMANA??

Dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia member impak kepada 4 MEKANISMA UTAMA PENUAAN pada tahap selular.

 Mari saya terangkan setiap satu mekanisma tersebut:

1.Melindungi & Memperbaiki sel DNA manusia
Setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yg mampu merosakkan DNA. Serangan ini akan merosakkan pengkalan data genetik, mengganggu fungsi sel dan usia kita.
Sel-sel anda diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA. Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan, pembiakan sel yang tidak wajar dan faktor-faktor alam sekitar seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin. Apabila DNA sel-sel tidak sempurna untuk fungsi sel yang tertentu, sel yang terjejas akan rosak dan mati. Apa berlaku jika DNA rosak?
Kanser, salur darah tersumbat, sakit jantung, rambut beruban dan lain-lain. Semua penyakit yang kita hadapi hari ini adalah disebabkan oleh kerosakan DNA.
Peredaran masa menyebabkan sel-sel anda akan terdedah kepada lebih banyak peluang untuk pelbagai jenis kerosakkan, KECUALI sesuatu yang boleh memulihkan atau membaiki keadaan DNA yang rosak itu.

2. Pengawalan Genetik
Sebatian ini mengawal keseimbangan dinamik antara kerosakan dan pembaikan, termasuk sama ada sel-sel dirawat semula atau mati. Berdasarkan umur anda, pertahanan semula jadi anda dan keupayaan untuk pembaikan diri berkurangan manakala kerosakan sel secara semula jadi meningkat. Meningkatkan keupayaan pengawal selia genetik boleh merangsang tenaga.
Dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetic utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.

3. Membantu meningkatkan tenaga dlm sel
Tenaga dalam tubuh ditingkatkan dengan pembentukan mitokondria yg baru. Apa itu MITOKONDRIA?
MITOKONDRIA dikenali sebagai 'kuasa sel’. Mitokondria mengandungi beberapa enzim dan protein yang MEMBANTU PROSES karbohidrat dan lemak yang diperolehi daripada makanan yang kita makan untuk melepaskan TENAGA. Dengan adanya MITOKONDRIA, maka berlakulah pergerakan tangan, jantung berdenyut dan segala fungsi dalam badan kita kerana setiap tindakan memerlukan tenaga. Tenaga ini disimpan dalam ATP (adenosina trifosfat) molekul yang dihasilkan dalam mitokondria melalui proses ‘oxidative phosphorylation’. Walaupun mitokondria hadir di dalam setiap sel, ianya didapati dalam KEPEKATAN YG TINGGI DALAM SEL-SEL OTOT yang memerlukan lebih banyak tenaga. Walaupun fungsi utama mitokondria adalah untuk menghasilkan tenaga, mereka juga memainkan peranan yang penting dalam metabolisme dan sintesis bahan-bahan tertentu yang lain dalam badan.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan mitokondria adalah punca banyak penyakit biasa. Sesetengah orang dewasa dengan keadaan kronik juga diperolehi akibat kekurangan mitokondria. sebagai contoh , penyakit Alzheimer , Parkinson , kencing manis , darah tinggi, penyakit jantung , osteoporosis, kanser, penyakit autoimun seperti multiple sclerosis, lupus dan reumatoid artritis, dan lain-lain. Kekurangan mitokondria juga memainkan peranan penting dalam gejala penuaan.

4. Melambatkan Pembentukan AGE 
Dalam pemakanan manusia , Advanced Glycation End products(AGE) adalah bahan yang boleh menjadi faktor dalam pembangunan atau penyebab kepada penyakit degeneratif. Sebatian berbahaya boleh menjejaskan hampir setiap jenis sel dan molekul dalam badan dan dianggap sebagai salah satu faktor penuaan dan beberapa penyakit kronik yang berkaitan dengan usia. Ia juga dipercayai memainkan peranan dalam penyebab kencing manis (Diabetes). Jika diabetes tidak dikawal dengan baik, ia boleh membawa kepada banyak penyakit seperti penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang, penyakit mata, ulser dan amputasi anggota badan yang lebih rendah. untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang stabil, diet yang sihat dan senaman yang kerap adalah penting.
Kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan diet yang kaya dengan POLIFENOL  seperti anggur Muscadine boleh menghalang pembentukan PROTIN AGE  dan memberi  beberapa perlindungan terhadap penyakit kencing manis. pesakit diabetes mempunyai tahap PROTIN AGE yang lebih tinggi dalam  badan mereka.  PROTIN AGE  adalah bahan yang terbentuk apabila molekul gula bertindak balas dengan protien dalam badan, yang boleh menyumbang kepada komplikasi diabetes.
Ramuan vivix 10 KALI lebih kuat dari resveratrol mampu melambatkan penbentukkan AGE!


Jadi, dah baca tentang BAGAIMANA VIVIX BERFUNGSI?
Sekarang, mari saya ceritakan pula apa ramuan yang terkandung dalam VIVIX ni… 


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Apa itu Polifenol ?
Polifenol adalah kelompok zat kimia yang ditemukan pada tumbuhan. Zat ini memiliki tanda khas yakni memiliki banyak gugus fenol dalam molekulnya. Polifenol berperanan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna daun ketika musim gugur. Pada beberapa kajian disebutkan bahwa kelompok polifenol memiliki peranan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan. Antioksidan polifenol dapat mengurangi risiko penyakit jantung, pembuluh darah dan kanser.Terdapat penelitian yang menyimpulkan polifenol dapat mengurangi risiko penyakit Alzheimer. Polifenol dapat ditemui pada kekacang, teh hijau, teh putih, anggur merah, anggur putih, minyak zaitun, coklat hitam, dan delima. Kadar polifenol yang lebih tinggi dapat ditemukan pada kulit buah seperti pada anggur, epal, dan jeruk.

Bahan2 yg terkandung di dalam Vivix :

1- Anggur Muskat (Muscadine)
·        dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika kerana kebaikannya yang boleh  membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.
·        Anggur muskat dan bijinya adalah sumber terbaik antioksidan, mempunyai ciri antiradang..
·        merupakan anggur yg paling tinggi nilai resveratrol
·        Resveratrol adalah polyphenol yg dipanggil phytoalexin
·        mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol berbanding anggur lain.
·        terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular*, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.
·        mengandungi asid ellagik (satu pythonutrien yg tdk dijumpai pada anggur2 lain)
·        Asid ellagik berfingsi MEMBANTU mhentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria
* Kardiovaskular : Sistem peredaran darah dalam tubuh manusia yang terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot.

2- Elderberi
·        tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.
·        digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema
·        antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.
         
3- Polygonum Cuspidatum
·        sejenis pokok saka terbesar di Asia
·        sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah
·        kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh
        
4- Lobak Ungu
·        sumber vitamin A terbaik
·        mengandungi fitokimia ANTHOCYANIN iaitu sejenis antioksidan yg kuat dan tertinggi yg MEMBANTU anti-bakteria, anti-radang penyakit, mengurangkan penyakit koronari (risiko penyakit jantung) serta bagus utk penglihatan.

So… apa pendapat anda tentang VIVIX setelah membaca semua info di atas ni?
Saya memang rasa seronok sangat selepas tahu apa yang ada dalam sebotol VIVIX yang comel je tu..hihihi.. bak kata pepatah ‘kecil-kecil cili padi’ je VIVIX ni.. walaupun botolnya kecil je, tapi isi dalamnya pekat, likat dan hanya perlukan sesudu teh je sehari untuk kesihatan menyeluruh..! Dan… oleh sebab isinya pekat, sebotol tu boleh la digunakan untuk tempoh 2 BULAN.. best kan?

Akhir sekali, saya nak kongsikan satu TESTIMONI yang pada saya adalah antara testimoni yang membuka mata saya mengenai VIVIX ni.. Mari kita baca…
Ni cerita Master Iffah tentang SLE yg dihidapinya semakin baik dengan VIVIX. Alhamdulillah...Jom baca jap kisahnya.. 
[cerita ni sy ambil kat blog ni:http://www.mamafaiz.com/search/label/SLE]
________________________________________________
Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini. 
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..

____________________________________________________
Alhamdulillah… seronok kan bila kita dapat membantu orang ramai berikhtiar dengan VIVIX ni untuk jadi lebih sihat? Tetapi jangan pula kita lupa bahawa KESEMBUHAN ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T jua. Kita semua hanya manusia yang boleh memberi bantuan supaya mereka dapat berikhtiar..

Jika ada sebarang persoalan boleh hubungi saya:
FB: Zue Akim Biz
Sms/wassap: 0126674640-ZUE

Thursday, 10 April 2014

TULANG RAPUH (OSTEOPOROSIS)

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul. 
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. 
Tulang yang dibaiki dan diperteguhkan dengan pelbagai zat protien dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium , fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk. 

Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. 

Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput. 

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga usia emas mereka tidak boleh hidup berikut kecederaan. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan. 

Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga usia emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan. 

Sebab-Sebab
Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko mendapat osteoporosis, kerana tulang masih kuat. Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis:  Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopos. 
Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopos awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun , terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan  Hormon lelaki , iaitu testosterone juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit hormon-penghasilan kelenjar boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita , estrogen , dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh penyakit melibatkan hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti rehat di atas katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' (penyakit seliak) dan Crohn's disease (penyakit crohn).
  • Penggunaan ubat berdos tinggi bagi rawatan korti kosteroid bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras rendah vitamin D.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
  Diagnosa

Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang lemah dan menyebabkan tulang patah. Sinaran x tidak boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul, tetapi boleh mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat dilihat melalui scan, dipanggil ' dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan', digunakan untuk mengukur kepadatan tulang dan dapat membandingkannya dengan yang normal. Ujian ini menyukat/mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan   

Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan kurang ketinggian badan, akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan, dan menyebabkan bentuk badan yang sedikit membongkok . Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan , lengan, leher atau tulang pinggul.

Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang lemah. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.

Rawatan 
Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:
  • Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
  • Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
  • Bisfosfohat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas akan direndahkan bagi mengurangkan kerapuhan tulang manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Kalsitonin adalah hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang memecahkan tulang.
  • Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
  • Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mempunyai kesan yang sama terhadap keupayaan tulang dan mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.
Pencegahan
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis dan tulang lambat menjadi rapuh. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis - senaman menggunakan pemberat dan senaman yang berterusan. Senaman penampung berat adalah senaman melibatkan kaki yang ditampung oleh berat badan sendiri. Bagi remaja senaman lompat tinggi menggunakan pemberat adalah sesuai. Jogging, lompat tali (skipping), menari aerobik dan melompat atas dan bawah ( up and down ) baik untuk kekuatan tulang. 
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan , main tenis , berenang amat berguna tapi bukan senaman yang menggunakan pemberat. Untuk orang yang lebih tua , senaman menggunakan pemberat yang sederhana perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan, kelas mengekalkan kecergasan , menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.  Berenang dan berbasikal bukanlah aktiviti senaman penampung berat. Senaman ketahanan adalah penggunaan kekuatan otot. Tarikan tendon pada tulang mampu meningkatkan kekuatan tulang. Sebagai contoh , tekan tubi, angkat berat atau menggunakan peralatan berat di gimnasium. Juga termasuk senaman mudah seperti mengangkat tin mengandungi makanan yang membantu menguatkan tulang di pergelangan tangan.  Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok berkaitan dengan peningkatan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Mereka yang berusia dengan tulang yang rapuh boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik untuk memeriksa dan mengenalpasti perkara yang mendedahkan anda kepada bahaya seperti lingkaran wayar . Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh. 

[credit:izieherb.net]
___________________________

Untuk mengambil suplimen kalsium, dicadangkan untuk mencuba OSTEMATRIX-kalsium daripada produk Shaklee.



Boleh hubungi ZUE untuk keterangan lanjut:
Fb: Zue Akim Biz
SMS/WASSAP: 0126674640

Saturday, 5 April 2014

RESVERATROL, INSULIN & DIABETES: APA KAITANNYA??

BAGAIMANA RESVERATROL MENGAWAL KENCING MANIS SECARA SEMULAJADI?

Diabetes memang satu penyakit berbahaya . Insulin diperlukan untuk menukar gula dalam darah kepada tenaga yang boleh diakses dalam sel-sel badan. Seseorang yang menghidap diabetes tidak dapat menghasilkan insulin ke dalam badan mereka atau sel tubuh tidak bertindak balas terhadap insulin. Ini akan menyebabkan paras glukosa darah yang sangat tinggi dan banyak komplikasi yang mungkin terjadi termasuk penyakit jantung, buta, strok dan kerosakan saraf.Apabila badan anda kehilangan sensitiviti terhadap insulin,anda berisiko tinggi diserang diabetes. 
RESVERATROL berupaya untuk meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin dan merupakan langkah yang baik untuk menghentikan serangan kencing manis.
Secara saintifik, Resveratrol merangsang enzim yang dipanggil ” SIRT1 “. 

Apakah fungsi Enzim SIRT1 ini? 
SIRT1 sentiasa mengawal sensitiviti insulin dalam badan dan mengawal rembesan insulin. Apabila Enzim SIRT1 diaktifkan ia akan membantu anda melawan kencing manis secara semulajadi. Pengaktifan SIRT1 gen , atau dikenali sebagai gen “anti -penuaan” meningkatkan jumlah mitokondria di dalam sel-sel badan  dan meningkatkan kadar metabolisme badan. SIRT1 juga menimbulkan sensitiviti insulin yang memudahkan badan untuk mengambil dan menggunakan glukos dari darah. Dengan cara ini , Resveratrol mampu mengurangkan gejala kencing manis . Resveratrol boleh membantu mengawal kencing manis dan mampu mencegah dari berlakunya kencing manis.


Apabila badan anda kehilangan sensitiviti terhadap insulin, lebih banyak  insulin diperlukan untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat. Pada sesetengah kes, Pankreas tidak mampu membekalkan insulin yang mencukupi untuk menguraikan gula. Oleh itu , sesetangah pesakit kencing manis perlu menerima suntikan insulin tambahan. Resveratrol telah disahkan untuk meningkatkan sensiviti tubuh anda kepada insulin dan ia akan  mengurangkan kuantiti insulin yang diperlukan untuk mengekalkan paras gula darah yang anda inginkan.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN RESVERATROL NI?

Vivix Shaklee mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol!

VIVIX Shaklee: RM475


TESTIMONI DIABETES:



Boleh dapatkan lebih testimoni dan keterangan lanjut daripada saya:

Pengedar Sah Shaklee: 012-6674640|ZUE|sms/wassap
Fb: Zue Akim Biz