Saturday, 15 March 2014

SEKADAR PERKONGSIAN

Assalamulaikum....
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Malam ni rasa macam nak berkongsi CERITA SAYA DAN PAKAIAN SAYA. Semoga bermanfaat... :)

Dulu...sebelum kahwin, terus terang sy kata bahawa dressing tak menepati syariat pun. Bertudung, tapi bila keluar pakaian seluar jeans ketat dan baju pun ikut shape dan kadang2 pakai baju lengan pendek je.. Lepas kahwin, mula ubah sket. baju lengan panjang tapi pendek pulak bajunya. dan kalo pakai baju panjang, ukuran ikut badan pulak! Astaghfirullah...kalo ingat semula memang rasa banyak betul dosa hanya pada aurat sahaja.. then, masa dah kawen dulu, takde bertudung pun depan abg2 ipar.. yela, org dulu-dulu kan kira kalo dah jadi sebahagian keluarga tu, kira takyah nak pakai tudung la..huhu.. Masa dulu, bila dressing rasa macm dah tutup aurat. tapi hakikatnya banyak yg tak betul.. baju masih menampakkan bentuk badan.. (ikut shape la tu..). Yelah, bila dah beranak 2-3 pun badan nampak slim, rasa bestla dressing mcm tu!

Sampaila 2 thn lepas, bila saya berminat nak jadi ejen kakak saya jual baju muslimah.... masa tu dah terniat dalam hati nak cuba pakai baju muslimah la.. sebab bajunya bermacam2 design.. cantik sangat saya rasa! Then bila dah mula jadi ejen tu, saya cubalah order selai-dua untuk cuba sendiri. kononnya sebagai promoter la..hehe. dan saya masih ingat baju 1st sy beli tu masih elok lagi utk dipakai sampai sekarang!

Pada hari pertama saya pakai baju muslimah tu, saya tak boleh lupa kata2 suami pada saya:
"Haaaa.... macam ni baru cantikkkk...". dan pada waktu tu lah saya terus jatuh hati nak bertekad untuk kekal dengan imej berbaju muslimah.. Alahmdulillah. Ini adalah titik permulaan saya.. Sedikit demi sedikit saya cuba memperbaiki aurat saya.. dari berbaju muslimah, saya mula latih diri untuk berstokin, memakai tudung yang menutup dada dan kemudiannya memakai sarung lengan...
Syukur...syukur kerana Allah membuka peluang ini untuk saya. 

Daripada rasa macam skema sebab berbaju muslimah, saya jadi rasa anggun, sopan dan ayu setiap kali berbaju muslimah.. 
Daripada rimas dan kekok bila berstokin dan bersarung lengan, sehingga saya rasa kekok dan rasa tak selesa bila tidak berstokin dan bersarung lengan..
Daripada segan bertudung labuh, sehingga rasa sopan dan selesa bila tudung menutup dada..

Ini bukan saya nak menunjukkan betapa bagusnya saya kerana telah berubah.. masih banyakkk lagi diri ini yg perlu diperbaiki..tapi saya hanya nak berkongsi cerita bahawa, permulaan niat saya pun bukan kerana saya nak cover aurat dengan sempurna. saya hanya cuba kerana nampak macam cantik. dan dari saja2 nak cuba tu tak sangka rupanya memang selesa dan lebih seronok dengan berpakaian muslimah seperti sekarang.. :)

Jadi, rakan-rakan muslimah sekalian...janganlah TAKUT untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik kerana setiap kebaikan yg kita lakukan pasti akan mendapat keberkatan daripada Allah swt.. InsyaaAllah.

Masih boleh berfesyen kan walau berbaju muslimah?

Thursday, 13 March 2014

SIHAT SATU KEPERLUAN.. BETUL TAK?

Menjadi ibu dan ayah bukanlah perkara yang mudah kan? 
Setiap keperluan anak2 perlu disediakan.. perhatian perlu diberikan kepada anak2 sepanjang masa.. rutin harian perlu dijalankan walau macam mana sekalipun kerana itulah tanggungjawab yang perlu dilakukan sebagai ibu dan ayah..
Semakin bertambah umur, bermakna semakin kurangnya fungsi sistem badan kita. sebab itu, pengambilan makanan tambahan adalah satu keperluan supaya sistem badan kita mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan baik. Ini kerana, agak sukar untuk menyerap nutrisi secukupnya melalui pemakanan seharian kita. Jadi, alternatif yang boleh diambil adalah dengan pengambilan suplimen tertentu..

Dalam shaklee, kami ada 'family wellness set' dimana set ini sesuai dijadikan suplimen bagi parents yang sentiasa memerlukan tenaga dan kesihatan yang lebih baik. Setiap produk dalam set ini mempunya manfaat tertentu bagi membantu baiki sistem badan seseorang.. set ini SANGAT DICADANGKAN untuk anda.. 

INFO SET FAMILY WELLNESS:
ESP--> untuk 2 bulan
VITALEA-->untuk 4 bulan
VITA-C-->untuk 6 bulan
B-COMPLEX-->untuk 4 bulan
NOTE: Tempoh pengambilan untuk SEORANG.

untuk keterangan lanjut, boleh terus hubungi saya di:
call/sms/wassap: 012-6674640 (zue)



AKU DAN SHAKLEE..

Assalamualaikum kome...

Lama benor tak ngupdate blog.. saya ni tak brape rajin mengarang cerita. tapi nampak gayanye lepas ni kena rajin2 jugaklah..hehe.. ape ceritanya tentang aku dan shaklee ni?
Bermula 'jatuh hati' ku dengan shaklee pada tahun september 2012. masa tu nak cari suplimen untuk masalah gout suami yang kerap jugakla kena attack. masa tu baru2 jugakla nak glamer shaklee ni.. jumpala mak shaklee saya skang ni, ayu.. muda lagi dah jadi mak i..haha.. tanya punya tanya, saya amik alfalfa dan vita-c sebagai permulaan. lepas je amik alfalfa n vita-c ni, best sangatla rasa.. utk saya, keputihan totally kering! wahhh..memang seronok sangat! then suami pulak dah berkenan dengan vita-c sebab kulit rasa sihat dia kata..hehe.. jadi bermulah kisah 'aku dan shaklee'..
Oktober 2012...sahla saya menjadi pengedar shaklee. dan bermulah perjalanan untuk berkongsi manfaat suplimen shaklee dengan lebih ramai orang lagi.. Alhamdulillah.. dah lebih setahun sebagai SID dan dah bergelar Senior Supervisor. Perjalananku masih jauh. tetapi niatku masih sama, untuk membantu memberi kesihatan lebih baik kepada semua orang disamping membantu lebih ramai menjana pendapatan dan mengubah kehidupan mereka..InsyaaAllah..

Jika anda juga mempunyai niat yg sama, jangan segan utk bersama dengan group shaklee saya.. :)
boleh hubungi saya...call/sms/wassap:012-6674640.. My name is Zue..

REMINDER: Mac 2014 adalah promosi ESP-Buy 6 Free 1.. ^_^

Sunday, 2 September 2012

SAJE SUKE2....SUKE KE??? HAK2!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

huh! lama kot a ngupdate blom nih...rase cam dah xnampak tulisan2 di screen nih dek kerana bersawang..(agak2la eh..haha)...btw saje je nak try kot2 la 'ter'rajin plak kali nih nak berBLOG bagai...
hurmm...meh la sy share ape yg berlaku di PADANG SPEEDY Teluk Intan semalam...nak tulis banyak pun xde idea..kita tgk je bley? ngeh2...







apakebende la dorg ni eh? hahaha...HAPPY TIME with kids...arahan papanya utk lompat2...sorry ade yg kena teleng2 nak tgk..xreti nak rotate tang mane..hahahah....syok je tgk deme melompat2...girang sungguh jadi kanak2 kan? tu la saje pembukaan bicara BLOG yg dah berkurun x bukak nih....

LOVE FOREVER... ^_^

Friday, 28 October 2011

d power of CONTROL

assalamualaikum sume..
hari ni rase cam nak kongsi sumthin' ngan korang sume... somebody penah cakap ngan aku..
"dalam kehidupan ini, hanya 10% sahaja situasi yg kita boleh kawal(control). selebih 90% adalah bukan dibawah kawalan kita..."~so, bergantung mcm mana kita boleh kawal 10% tu je..xyah sibuk2 nak control yg 90% tu lg. kalo kita dpt kawal 10% tu insyaAllah pasti kehidupan lebih bermakna...
nak tau contoh situasi kat atas tu?...meh aku cite...
ada sebuah keluarga ni terdiri drpd suami,isteri dan sorang anak kecik yg dah skolah. pada satu pagi, si suami baru duduk kat meja mkn utk bfast dgn anaknya yg nak g skolah jugak. tengah2 si isteri nak tuang air minum tetiba anak tu tertolak cawan n tumpah kena baju si bapa...apalagi, mengamukla si bapa ni sebab dah kena baju keje dia..prom prang,prom prang die marah anak sampaila ke isteri skali..pastu terus bgn pegi tukar baju dgn xhabis2 lagi marahnye...si isteri dah bermasam muka dgn suami yg marah x tentu pasal. siap tukar baju, si suami pun tergesa2 sebab dah lambat nak keje. anak dan isteri dah tggu dalam kete utk ke destinasi masing2. si suami perlu hntr anak n isteri dulu baru die ke tempat kejenya...dalam kete pun masih blom habis lg marahnya sampai terlepas simpang nak ke sekolah anaknya. kena pulak pusing balik n lagila bising si suami menyalahkan itu ini, kalo mcm ni la, klao mcm tu la. sampai anak ke sekolah, hntr isteri pulak. si isteri moncong je dlm kete x bckp2 sampaila ke tempat keje isteri..pastu barula die ke tempat keje n sah2 dah lambat...tgh dlm pjalanan baru perasan x bawak fail penting yg nak pakai utk meeting. kena patah balik amik kat umah...sampai2 opis kena marah ngan bos sebab lambat masuk meeting n lagila die rasa sakit hati...satu hari keje serba x kena dibuatnya. sampaila habis keje balik umah dgn perasaan yg x seronok sb sume yg berlaku hari ni sgt teruk die rasa... so, balik umah dgn mencuka, isteri pun mencuka, anak pun memerap dlm bilik je xnak jumpa si bapa. so sampai la tidur dgn perasaan begitu...tidur pun xlena n bgn pagi esok, bdn rs sakit n x bermaya....
so drpd cite kat atas tu...
1~anak tertolak cawan n air tumpah, bkn kawalan suami..
2~terlepas simpang, bkn kwln suami..
3~isteri moncong dlm kete,bkn kwln suami.
4~tertinggal fail,bkn kwln suami.
5~lambat n kena marah ngan bos,bkn kwln suami.
6~anak memerap dlm blk, bkn kwln suami.
so, apa perkara yg suami boleh kawal? kita flashback balik masa anak tertolak cawan n air tumpah ke baju...
cuba ketika situasi tu, suami just bgn terus pegi tukar baju tanpa marah2..pasti si suami akan rasa lebih tenang dan x terburu2. situasi tu jugak pasti xkan mempengaruhi mood org sekeliling...
kesimpulannya, salah satu yg kita boleh control adalah diri kita sendri.. jgn mudah melenting..pasti sume ok! ^^

Saturday, 22 October 2011

KERJA OH KERJA

kenapa sangat susah nak mendapat kerja...huhuhuuuuu
saya tertekan sebab xde kerja.fullstop!

Monday, 10 October 2011

~HEPI BESDAY DEWI ~

10/10/2011~isnin


hari ni besday dewi yg ke-4... mmg x sangka betul anak mama ni baru masuk 4 thn. rase macam gayanye dah beso jek...mulut yg potpet2 wat kan mama rasa dewi ni dah lebih 4 thn.. hari ni jugak adalah hari pertama aku hantar adam n dewi ke tadika kemas. ntah hape dah nak abis skolah baru nak hantar kan? hihi...asalnye pegi tadika tu nak daftarkan dewi utk masuk situ thn depan. memandangkan dewi x dpt nak masuk pra skolah ngan adam, terpaksala aku cari tempat lain. tu yg g ke tadika kemas. pastu aku ni risaukan dorg xleh nak biasakan diri bila masuk skolah thn dpn. tnya cikgu tadika tu bleh x nak try hantar dorg utk sebulan lbh ni..cikgu tu kata ok so, tu yg aku hantar jugak adam n dewi ni ke skolah....
so far 1st day ni ok je. cikgu pun ckp xde nangis2, pandai je join ngan bdk2 lain. adam pun bukan main sonok je die dpt kawan2. ade nyanyi2 die kata..pastu blk umah x habis2 nyanyi ABC. pastu main cikgu2...hahahaha...camtula anak2. bile ade cite baru dorg pun akan melakonkan balik watak2nye...hopefully adam n dewi dapat sesuaikan diri n ada perubahan dalam diri mereka...
mama sentiasa doakan yang terbaik buat anak2 mama...love u olllsssss... ^^